Motosikal

SHARK PERKENAL RANGKAIAN TOPI KELEDAR RACE-R PRO

Pengeluar topi keledar terkemuka dari Perancis, Shark Helmets baru sahaja memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya, dikenali sebagai Race-R Pro.

Race-R Pro dikatakan telah dibangun berdasarkan kepada data teknikal kepala manusia yang paling komprehensif bagi memastikan ia padan dengan sempurna.

Shark-Race-R-Pro-2017-mekanika (2)

Ciri Double Blade Racing Spoiler pada bahagian belakangnya juga menjalani ujian terowong angin untuk meminimumkan pembetukan aliran udara sehingga kelajuan 205km/j.

BACA: TEKNOLOGI HELMET ARAI – PATUTLAH HARGA KAU MAHAL NAK ARWAH

Shark juga memberitahu bahawa topi keledar yang diperbuat daripada komposit gentian itu direka menggunakan proses kejuruteraan terbalik. Sekali gus membuatkan Race-R Pro sedia untuk digunakan oleh mana-mana pelumba.

Shark-Race-R-Pro-2017-mekanika (1)

Menerusi penggunakan pelindung bebas herotan, pandangan penunggang menjadi lebih jelas. Ujian terowong angin juga membolehkan Shark menawarkan sistem ventilasi terbaik pada topi keledar ini dengan empat salur kemasukan udara dan tujuh port ekzos. Bukan itu sahaja, topi keledar tersebut juga 4.5 dB(A) lebih senyap berbanding model standard.

Sebagai model premium, Race-R Pro hadir dengan pelbagai ciri keselamatan. Antaranya ialah Spoiler CFD, gentian Aramid, sistem cermin mata Shark Easy Fit, tali Double D, selain mendapat penarafan daripada ECE 22.05 dan DOT.

Shark-Race-R-Pro-2017-mekanika (3)

Hadir dalam empat warna, topi keledar ini ditawarkan pada harga bermula AS$649.99 (RM2,900) seunit.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button