
HONDA UNGGULI CARIAN GOOGLE PADA JANUARI
Baru-baru ini, Google mengeluarkan senarai jenama kenderaan yang menjadi trending carian untuk bulan Januari 2015.
Senarai itu dibuat hasil analisis Google Trends berdasarkan kepada populariti carian yang meningkat secara mendadak pada bulan tersebut.
Hasilnya, Honda menduduki tempat pertama dengan 42 peratus. Lonjakan itu pastinya dipacu oleh pelancaran SUV kompak baharu, Honda HR-V. Terdahulu, Honda ada memperkenalkan model facelift SUV CR-V bersama tawaran varian 2WD yang baru.
Pengenalan model facelift Vios dan Hilux bersama varian TRD Sportivo membolehkan Toyota berada di tempat kedua dengan 22.5 peratus.
Tempat ketiga pula dihuni oleh Perodua dengan 14.3 peratus. Sebagaimana yang dijangka, populariti jenama itu banyak disumbang oleh pelancaran Myvi facelift.
Populari Nissan dilonjak oleh model SUV X-Trail serba baharu, di samping sedan Almera yang menerima penambahbaikan minimum.
Baru sahaja melancarkan model kompak sedan dan hatchback Mazda2, Mazda berada di tempat kelima apabila popularitinya melonjak sebanyak 8 peratus.












