Buletin

HONDA UR-V MULA BOCOR DI CHINA

Hanya beberapa hari selepas laporan ketibaan model Honda UR-V di China, gambar model tersebut mula bocor di laman web. Honda Concept D-based itu dijangka dijual tahun ini di China.

Honda-UR-V-side-profile-leaked

Bahagian hadapan masih mengekalkan rekaan inspirasi Honda sementara bahagian sisi mengingatkan kepada Acura. Model itu ialah Acura MDX, iaitu crossover pertengahan dengan tiga barisan kerusi.

Ini semakin mengesahkan Honda UR-V akan didatangkan dengan tujuh kerusi. Tentunya ia diposisikan di atas CR-V.

Dari segi rekaan, profil  Honda UR-V  lebih sporty. Menurut laporan China, Honda UR-V akan didatangkan dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo petrol.

Difahamkan enjin 2.4 liter aspirasi natural turut ditawarkan sebagai pilihan. Enjin  tersebut kemungkinan dipinjam dari CR-V. Transmisi automatik 6-kelajuan adalah standard.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button