Motosikal

KTM E-SPEED

Untuk memasuki pasaran baharu memerlukan  perubahan. KTM nampaknya bakal menghadirkan produk baharu dengan rekaan yang begitu berbeza.

ktm-e-speed (2)

Penampilan yang diketengahkan cukup berevolusi dan berbeza dengan skuter yang sedia ada di pasaran.

Menurut KTM, motosikal itu merupakan pengangkutan dengan mobiliti tinggi untuk warga kota.

Berdasarkan kepada laporan Visordown,  pengeluar jentera Austria itu membangunkan sistem drivetrain baharu bagi mobiliti urban.

Berita model baharu dikatakan  fokus untuk persekitaran bandar dan boleh menjadi sebuah skuter. Dan tentunya, KTM telah membangunkan produk yang memenuhi kriteria berkenaan. Skuter elektrik E-Speed dibangunkan sejak 2013.

Secara rasminya, E-Speed dirancang untuk pengeluaran pada 2015. Bagaimanapun, syarikat berkenaan tidak meneruskan perancangan itu setahun selepas model itu ditontonkan.

Pihak KTM memutuskan untuk fokus kepada model teras dahulu. KTM E-Speed dikhabarkan akan menerima tenaga dari bateri atau kemungkinan menggunakan  sistem sel bahan api sebagai penggerak.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button