
HOT WHEELS® TAYANG SIRI HOT WHEELS LET’S RACE™ DI NETFLIX
Hot Wheels baru-baru ini melancarkan Hot Wheels Let’s Race™, sebuah siri animasi kanak – kanak baharu terbitan Mattel Television Studios.
Diinspirasikan oleh Hot Wheels, siri animasi Hot Wheels Let’s Race™ merupakan sebuah siri komedi penuh aksi untuk kanak – kanak yang menggabungkan kenderaan – kenderaan luar biasa dan mendebarkan.
Siri ini memaparkan tentang sekumpulan pelumba generasi baru iaitu Coop, Spark, Mac, Brights, Axle, dan Sidecar menyertai sebuah kem perlumbaan yang sentiasa menguji kemahiran pemanduan mereka.
Dalam pada itu, Hot Wheels juga telah bekerjasama dengan Patrick Stump, penyanyi utama kumpulan Fall Out Boys, bagi membantu menetapkan aturan irama dan tempo untuk siri ini.

Selain itu, Stump turut mengetuai proses penggubahan skor muzik, muzik latar dan isyarat muzik bagi setiap episode termasuk merakamkan lagu tema untuk siri tersebut.
Tambahan, Mattel telah mendedahkan rangkaian produk Hot Wheels yang menampilkan kenderaan, latar set, dan jalan cerita siri animasi tersebut.
Pengguna boleh memiliki siri Let’s Race dengan membeli Hot Wheels Ultimate T-Rex Transporter, Hot Wheels Ultimate Garage, Hot Wheels City Downtown Ice-Cream Shop, Hot Wheels City Nemesis Bat vs. Tire Shop, Hot Wheels City Pizza Slam Cobra Attack, dan Hot Wheels Action Hyper Loop Extreme serta pelbagai lagi.
Bagi meraikan pelancaran siri ini, sebuah Kejuaraan Perlumbaan Ultimate Hot Wheels telah diadakan, di mana peringkat kelayakan bermula dari 15 Februari sehingga 3 Mac.

Bagi merasmikan acara ini, Hot Wheels mengusahakan menghidupkan unsur-unsur dari siri tersebut sebesar saiz sebenar di IOI City Mall.
Bagi acara kemuncak kejuaraan Hot Wheels Let’s Race ini, ia akan diadakan di ruang legar IOI City Mall bermula dari 5 Mac hingga 10 Mac 2024 dan pertandingan akhir diadakan pada 9 Mac, diikuti dengan kejuaraan kategori terbuka pada 10 Mac.
Bukan itu sahaja, pengunjung boleh menantikan sebuah Ultimate Garage sebagai acara tumpuan utama dan pelbagai set permainan lain dari Hot Wheels City.
Acara tersebut akan dibahagikan kepada empat zon iaitu:
- Zon Pitstop Hot Wheels
- Zon Garage Hot Wheels
- Zon Test Drive Hot Wheels
- Zon Lumba Hot Wheels
Para peminat Hot Wheels boleh menikmati promosi hadiah-melalui-pembelian edisi terhad yang ditawarkan semasa acara berlangsung:
- Beli RM60 PERCUMA Hot Wheels Short Card Blister
- Beli RM160 PERCUMA* Hot Wheels Limited Edition Carry Case
- Beli RM260 PERCUMA* Collector Hot Wheels® Nissan Silvia atau 1x Hot Wheels Monster Trucks Asst
Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ini dan apa saja tentang Hot Wheels, sila layari laman web https://www.facebook.com/hotwheels
Semua produk Hot Wheels boleh didapati di kedai permainan khas, gedung beli – belah dan kedai atas talian Mattel:
- Toys “R” Us: https://www.toysrus.com.my/hot-wheels/
- Shopee: https://shopee.com.my/mattel.os
- Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/mattel/
- BACA: STELLANTIS MALAYSIA MULA BEROPERASI – PERKENALKAN PEUGEOT 408, PEUGEOT LANDTREK CKD
- BACA: QJMOTOR SRT600 DIDEDAHKAN, GANTI SRT550
- BACA: ADRIEN FOURMAUX SIKIT LAGI NAK JADI DOKTOR, TETAPI AKHIRNYA MEMILIH SEBAGAI PEMANDU RALI
- BACA: ISUZU MALAYSIA LANCAR ISUZU FVR SMOOTHER EURO 5, AMT 6-KELAJUAN – TINGKAT PRESTASI DAN LEBIH CEKAP

