
CHERY MALAYSIA TAWAR PAKEJ EKSKLUSIF BERNILAI RM11,000 UNTUK 2,000 TEMPAHAN PERTAMA OMODA E5
Setelah secara rasmi melancarkan Chery OMODA E5, Chery Malaysia kini mengajak orang ramai untuk merasai, melihat lebih dekat di bilik pameran Chery seluruh negara dari hari ini, 8 Mac hingga Ahad, 10 Mac.
Diberi tanda harga bermula RM146,800, OMODA E5 dilengkapi dengan teknologi terkini bersama-sama ciri-ciri inovatif, menjadikan OMODA E5 pilihan kenderaan elektrik paling ideal untuk rakyat Malaysia.
Untuk 2,000 tempahan pertama, pemilik dapat menikmati pakej eksklusif bernilai sehingga RM11,000, termasuk Pengecas Dinding Percuma (bernilai RM3,500), Pengecas Vehicle-to-Load (V2L) Percuma (bernilai RM500), dan Kredit Pengecas Percuma (bernilai RM1,000) yang boleh ditebus di semua 474 kemudahan pengecasan EVC di seluruh Malaysia.

Selain itu, memiliki kereta elektrik baru menjadi lebih mudah dengan Kadar Faedah Rendah Eksklusif Maybank 2.08% (bernilai RM6,000) untuk pelanggan yang membeli OMODA E5.
Tawaran istimewa ini direka untuk menjadikan pemilikan kereta impian lebih mudah, memastikan anda menikmati kemewahan dan penjimatan terbaik.
Pakej Chery OMODA E5 termasuk jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km, jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km, jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi Kuasa Motor (Power Motor), Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit), Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System) dan Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit).
Selain itu, Chery Malaysia juga menawarkan Pertukaran Bateri Satu-dengan-Satu jika keadaan kesihatan bateri jatuh di bawah 70% semasa tempoh jaminan.
Untuk maklumat lanjut mengenai OMODA E5, layari https://www.chery.my/models/omoda-e5/
- BACA: CHERY OMODA E5 RASMI DILANCARKAN – JARAK GERAK 430KM, JANA 201HP, HARGA BERMULA RM146K
- BACA: TEMPAHAN CHERY OMODA E5 DIBUKA, TIBA DI PUSAT PAMERAN HUJUNG MINGGU INI – ANGGARAN HARGA SEKITAR RM160K
- BACA: TUKAR KERETA CHERY LAMA ANDA KEPADA YANG BARU MENERUSI KEMPEN TUKAR BELI CHERY KE CHERY
- BACA: CHERY MALAYSIA, CARSOME JALIN KERJASAMA STRATEGIK – TINGKAT KEMAHIRAN TENAGA KERJA DAN REVOLUSI PERTUKARAN KERETA