Artikel Pilihan

6 PERANGAI PEMANDU WANITA YANG,,, ERR MENYUSAHKAN PENGGUNA JALAN RAYA LAIN

Tahukah anda bahawa selain daripada pandai memasak, terdapat ramai pelumba di dunia ini yang terdiri daripada wanita. Antaranya ialah Sabine Schmitz yang telah menghabiskan beribu-ribu pusingan di Litar Nurburgring, Jutta Kleinschmidt yang menyertai perlumbaan rali Dakar, dan Michèle Mouton yang berlumba antara tahun 1974 ke tahun 1986.

Namun tidak semua perkara berkenaan dengan pemandu wanita ini adalah menarik dan bagus. Kami senaraikan beberapa perangai pemandu wanita yang kadang kala menjengkelkan hati pemandu lelaki. Antaranya ialah:

1. Memarkir dengan senget dan rapat dengan kenderaan sebelah – mungkin hanya dengan menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang, adalah agak sukar bagi wanita untuk memarkir kenderaan dengan baik dalam petak parkir.

Salah satu sebab masalah ini berlaku ialah otak wanita sukar untuk menganggar jarak kenderaan dengan objek. Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan pengeluar kenderaan akan memasang sensor di bahagian sisi, depan, belakang serta kamera 360 darjah.

2. Mudah gelabah – dalam keadaan panik atau berhadapan dengan situasi kecemasan, pemandu wanita adalah lebih mudah gelabah berbanding dengan pemandu lelaki. Jika pemandu lelaki cuba mengambil pendekatan mengelak, pemandu wanita pula akan menjerit terlebih dahulu.

Atau jika cuba mengelak halangan semasa situasi kecemasan, input stering dan pedal minyak ditekan agak keterlaluan. Perkara ini adalah “human factor” dan bagi mengatasi masalah ini, pengeluar kenderaan akan menggunakan sistem brek kecemasan automatik.

3. Postur memandu tak relaks – pernahkah anda perasan yang kebanyakan pemandu wanita akan duduk rapat dengan stering, menjadikan postur pemanduan mereka tidak ergonomik dan selamat. Secara saintifiknya, saiz kerangka pemandu wanita biasanya adalah lebih kecil berbanding dengan pemandu lelaki.

Bagi mengatasi masalah ini, pengeluar kenderaan akan menghasilkan kusyen yang boleh dilaras depan belakang, ketinggian, stering yang boleh diubah ketinggian, ditolak atau ditarik ke depan serta kedudukan tali pinggang yang boleh dilaras. Ya anda kena tegur pasangan anda untuk duduk dengan postur yang betul.

4. Makan jalan sebelah bila masuk simpang – ya sekali lagi ini antara perangai yang menjengkelkan penulis berkenaan dengan pemandu wanita dimana mereka suka “makan” jalan orang apabila melalu simpang dan juga selekoh. Sama seperti poin no 1, ini disebabkan otak wanita gagal menganggar jarak dengan tepat

Sebab itulah kebanyakan kenderaan moden dipasang dengan Lane Departure Warning dan Lane Keep Assist untuk memastikan pemandu wanita kekal lurus dalam lorong mereka.

5. Jadikan kereta sebagai rak kasut bergerak – ya selain kasut pemandu wanita juga gemar menyimpan pelbagai barangan dalam kenderaan seperti pampers anak, kain telekung, botol minuman dan juga barangan peribadi dalam kereta. Pendek kata, kereta dah jadi almari bergerak mereka

Jadi ada pengeluar menghasilkan ruang simpanan dalam kargo untuk menyimpan kasut serta pelbagai ruang tambahan dalam kenderaan untuk memastikan semua barangan disimpan dan tidak bergerak dan membahayakan pemandu. Bayangkan kalau botol air bergerak dan terselit bawah pedal brek.

6. Lepaskan semua tugas servis pada suami atau percaya pada pusat servis 100% – ya penulis perasan yang pemandu wanita ini tidak faham sangat berkenaan dengan servis dan bayar sahaja apa yang tertulis dalam bil servis. Nasib baiklah pengeluar seperti Mazda memberikan pakej servis dalam harga jualan kenderaan dan mereka hanya perlu menghantar kenderaan sahaja ke pusat servis.

Google ads
Back to top button