
ADRIEN FOURMAUX SIKIT LAGI NAK JADI DOKTOR, TETAPI AKHIRNYA MEMILIH SEBAGAI PEMANDU RALI
Pemandu muda rali pasukan M-Sport Ford Adrien Fourmaux telah mendedahkan bahawa suatu ketika dahulu beliau pernah berada dalam situasai dilema hingga menyebabkan mengalirnya air mata kedua orang tua beliau. Ketika itu, Adrien Fourmaux memberitahu kedua orang tua bahawa beliau mahu meneruskan kerjaya dalam dunia rali.
Sekitar tujuh tahun yang lalu, Adrien Fourmaux pernah berada di persimpangan dilema diantara mahu mengejar cita – cita sebagai pemandu rali atau pun bergelar doktor perubatan bertauliah. Situasi serba salah itu menjengah apabila Adrien Fourmaux mencapai kejayaan di FFSA Rallye Jeunes pada tahun 2016 bagi menyertai senarai nama pemenang disamping nama pemenang sebelumnya seperti Sebastian Loeb dan juga Sebastian Ogier, khusus untuk perlumbaan mencari bakat baru dalam dunia rali.
Walau pun hadiah kemenangannya termasukah sebuah jentera Ford Fiesta R2T untuk dipandu bagi menghadapi saingan French Junior Championship 2017, namun ada sesuatu yang harus dilepaskannya. Beliau harus mengundur diri daripada meneruskan pengajian sepenuh masa yang mana memerlukan beliau untuk menjelaskan situasi tersebut kepada ahli keluarganya, yang mana mereka semua tidak pernah terlibat dalam bidang sukan permotoran sebelum ini.

Menurut Adrien Fourmaux, ketika beliau menunjukan piala kemenangan Rallye Jeunes kepada kedua orangnya, dan mereka pun menangis. Sudah pasti mereka tidak gembira dengan itu dan mahukannya untuk terus menjadi doktor bertauliah, apatah dalam keluarganya tiada yang terlibat dalam sukan rali ini secara khususnya.
Pada mukanya, Adrien Fourmaux merasakan yang beliau mampu membahagikan masa keduanya dengan Simbang namun setelah mendapati beliau semakin kerap berjaya dalam sukan rali membuatkannya lebih sukar untuk membahagikan masa antara keduanya.
“Untuk seketika, saya harus meneruskan perlumbaan rali dan kelas perubatan dalam masa yang sama, hanya untuk membuatkan kedua orang tua saya sedikit gembira. Namun ianya terlalu berisko untuk saya disebabkan ketidaktentuan dalam dunia rali,” ujar Adrien Fourmaux.
Ketika berada di tahun keempat kuliah, Adrien Fourmaux telah pun terlibat dengan Rallye Jeunes dan setahun kemudian pun beliau masih berada di tahun keempat kuliah. Beliau sempat berbincang dengan pihak universiti yang mungkin telah memberikan nasihat yang sewajarnya.

Menurutnya, pihak universiti telah menasihatkan bahawa beliau masih lagi boleh menjadi doktor sekiranya beliau kembali semula ke kuliah. Tetapi kerjaya sebagai pemandu rali beliau harus melakukannya sekarang dan sekiranya tidak berhasil beliau boleh kembali semula ke universiti.
Ternyata laluan yang dipilihnya mula membuahkan hasil apabila mula terlibat dalam perlumbaan WRC2 dan juga WRC3 sebelum ini. Malah membuktikan keberhasilannya semakin menjadi apabila mula dipilih untuk menyertai pasukan M-Sport Ford dan kejayaan podium terbaharu di Rally Sweden baru baru ini seolah mengesahkan bahawa pilihannya adalah tepat.
BACA : ADRIEN FOURMAUX ADALAH JUARA BRITISH RALLY CHAMPIONSHIP 2023
BACA : M-SPORT FORD AKAN MEMBARISKAN DUA PEMANDU MUDA UNTUK SAINGAN WRC 2024