
ISUZU MALAYSIA LANCAR ISUZU FVR SMOOTHER EURO 5, AMT 6-KELAJUAN – TINGKAT PRESTASI DAN LEBIH CEKAP
Isuzu Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Isuzu FVR Smoother (FVR34UU-SDN) tugas sederhana baharu, pacuan 4×2, standard pelepasan Euro 5 dengan AMT 6-kelajuan (transmisi manual automatik).
Pengenalan model trak baharu Isuzu ini memberi tumpuan kepada teknologi piawaian pelepasan yang lebih baik untuk perlindungan, kemampanan alam sekitar, serta meningkatkan prestasi dan kecekapan.
Trak baharu ini juga dilengkapi dengan AMT Smoother Isuzu, sekali gus menawarkan pilihan teknologi transmisi manual automatik dalam julat tugas sederhana.
Selain daripada FVR Euro 5 Smoother AMT, Isuzu turut berkongsi bahawa siri tugas ringan ELF akan menawarkan rangkaian trak standard pelepasan Euro 4 kepada pelanggan mulai hari ini.

Menurutnya, kecekapan pemanduan dipertingkatkan dengan ketara melalui Isuzu Smoother AMT.
Transmisi ini dikawal secara automatik oleh pengiraan elektronik dan seterusnya dibantu oleh sistem hidraulik penukar tork yang mengendalikan klac dan pendikit untuk memadankan putaran penukaran gear diperlukan.
Trak FVR Smoother baharu dikuasakan oleh enjin 6-silinder 6HK1-TCN dan mempunyai kapasiti GW 19 tan, membolehkan pengendali trak memaksimumkan setiap muatan untuk mengurangkan kos pengangkutan mereka.
Kapasiti gandar hadapan iaitu pada 7,500kg dan kapasiti gandar belakang pada 13,000kg dengan ketara menyumbang kepada kapasiti tampung yang unggul untuk penghantaran pukal.

Tambahan, kebolehgerakan trak yang dipertingkatkan oleh fungsi Smoother AMT menjadikannya sesuai untuk pengangkutan dalam bandar.
Kedua-dua siri FVR Euro 5 Smoother AMT dan ELF Euro 4 dilengkapi dengan platform Isuzu Safety Plus, termasuk ciri keselamatan aktif dan pasif yang komprehensif.
Untuk FVR Smoother, ia dilengkapi dengan Anti-lock Braking System (ABS), Supplemental Restraint System (SRS) Airbag untuk pemandu serta fungsi Hill Start Aid.
Bagi Siri ELF pula, ia dilengkapi Sistem Brek Antikunci (ABS), Beg Udara Sistem Penahan Tambahan (SRS) untuk pemandu, Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan Pengawal Selia Anti-gelincir (ASR).
Ciri-ciri lain seperti amaran kecondongan kabin, lampu utama LED, port USB dan penguncian tengah dengan kemasukan tanpa kunci jauh dan immobilizer untuk keselamatan tambahan.
Isuzu turut berkongsi sempena pelancaran trak baharu itu, syarikat akan menganjurkan Program Isuzu Smoother Drive 2024 dari 11 hingga 29 Mac di seluruh Isuzu Dealership di Malaysia.
Untuk butiran lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari www.isuzu.net.my
GALERI:












- BACA: MOTUL: 30 TAHUN TERUS GEMILANG, JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN RAKAN PENGEDAR TERKEMUKA DI MALAYSIA
- BACA: FERRARI ENZO EKSIDEN DI AUTOBAHN – TIGA ORANG CEDERA
- BACA: UD QUESTER EURO 5 DAN UD CRONER CKD DIPERKENALKAN, DILENGKAPI TEKNOLOGI SCR UD TRUCKS
- BACA: FEDEX LANCAR PERCUBAAN PENGHANTARAN RENTAS SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA GUNA EV



