Buletin

HYPERCAR PRAGA BOHEMA SUDAH BERSEDIA UNTUK PENGHANTARAN PERTAMA

Praga, salah satu jenama kereta tertua di dunia, telah mengesahkan bahawa hypercar pertamanya yang boleh digunakan atas jalan raya telah pun memulakan proses produksinya melalui pusat pengeluaran Republik Czech.

Sedikit maklumat untuk dikongsi, Praga ini adalah sebuah perusahaan pembuatan kenderaan yang telah pun dimulakan operasi semenjak dari tahun 1907 lagi dan berpusat di Prague, Republik Czech.

Sebelum ini, Praga terlebih dahulu mempertontonkan model prototaip hypercar Bohema pada November 2022. Praga Bohema yang dibina dengan menggunakan kejuruteraan tangan manusia dan juga air sirap (mungkin) hanya akan dibina dengan unit yang cukup terhad.

Apa yang menariknya tentang model ini, ianya mungkin hypercar terakhir yang dibina dengan menggunakan enjin petrol Dan enjin yang akan digunakan adalah diambil daripada VR38DETT milik Nissan GT-R. Dengan nisbah berat di bawah hanya 1000kg, ianya mampu menghasilkan kuasa sekitar 700 HP. Sudah tentu ianya akan menjadi sebuah lagi bahan koleksi hypercar di serata dunia untuk menyimpannya di dalam garaj.

Seorang pelanggan pertama hypercar yang bernilai €1.36 juta (RM6.98 juta) ini telah pun dijemput untuk hadir ke fasiliti milik Praga bagi melihat dengan lebih dekat proses pembuatan model Bohema ini yang menggunakan tangan membabitkan bahan pembuatan berkualiti tinggi serta kemasa akhir model.

Pelanggan bertuah tersebut  juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman produk akhir pembuatan model ini pada tayar Pirelli Trofeo R yang diuji pada permukaan berais di jalan raya Republik Czech sebelum pendedahan rasmi yang dijangka pada Musim Bunga 2024 nanti.

Penyerahan pelanggan pertama model Bohema ini akan berlaku di Eropah pada separuh pertama 2024 nanti yang mana ianya akan menampilkan spesifikasi unik untuk meraikan majlis tersebut. Sebagai tambahan kepada penyerahan pertama Bohema di Eropah, penyerahan berikutnya sedang dirancang di UAE dan Amerika Syarikat pada 2024, dengan Praga kini sedang menjadualkan pengeluaran Bohema pada 2025 pula.

Permulaan kepada proses pengeluaran ini telah pun bermula dengan program pra-pengeluaran dengan siri ujian melalui sesi ujian membabitkan trek pada tahun 2023 meliputi Spa-Francorchamps, Red Bull Ring dan juga Nürburgring.

Malah, Praga turut mendapatkan khidmat nasihat daripada beberapa pemandu terkemuka seperti Romain Grosjean (bekas pemandu F1), Ben Collins (bekas The Stig) serta Josef Kral selaku Ketua Pemandu Ujian Praga, dan juga pelumba GT berpengalaman.

BACA : RIMAC NEVERA HYPERCAR JADI MODEL TERPANTAS EV DI LITAR NURBURGRING

BACA : CEO SAHKAN HYPERCAR BAHARU PORSCHE SELEPAS 2025 – LAMA LAGI TU

Google ads

B K

Back to top button