
BYD LABUR RM6.1 BILION, LANCAR 3 MODEL DI INDONESIA
BYD secara rasmi memasuki pasaran automotif Indonesia baru-baru dan bakal melabur dalam membina ekosistem kenderaan elektrik di negara itu.
Dalam ucapannya menerusi siaran video, Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto menyatakan pelaburan BYD di Indonesia adalah AS$1.3 bilion (RM6.1 bilion).
“Berdasarkan maklumat yang saya dapat, pelaburan BYD ialah AS$1.3 bilion (RM6.1 bilion) dengan kapasiti pengeluaran 150 ribu unit,” kata Airlangga.
Sementara itu, Airlangga turut memberitahu, untuk model pertama yang dilancarkan di Indonesia, pengeluar China ini membawa masuk tiga kereta elektrik iaitu Dolphin, Atto 3, dan juga Seal.

Sebelum menembusi pasaran automotif Indonesia, BYD menjalankan kajian selama dua tahun.
Apa dilakukan oleh pengeluar China ini adalah menjalankan tinjauan dan kajian untuk dapat memutuskan segala-galanya, termasuk model apa yang perlu dibawa.
“Kami difahamkan bahawa Indonesia adalah negara yang mempunyai ekonomi terbesar di Asia Tenggara.
“Dan pasaran ini semakin berkembang, terutamanya automotif. Kami berasa sangat serius untuk memasuki pasaran Indonesia,” jelas Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang.
- BACA: BYD MASUK PASARAN INDONESIA TAHUN DEPAN – BAKAL TAWAR TIGA MODEL, SEDIA TEKNOLOGI SOKONGAN
- BACA: SYARIKAT TEKSI INDONESIA, BLUE BIRD RANCANG BELI EV BAHARU BYD – MANFAAT EV KOS RENDAH
- BACA: BYD DAN TESLA BAKAL MELABUR DI INDONESIA – MANFAATKAN SUMBER NIKEL
- BACA: MG4 EV DAN ZS EV DILANCARKAN DI INDONESIA, JARAK GERAK 425KM, HARGA BERMULA RM129K








