
VOLKSWAGEN TOUAREG 2024 BAKAL TIBA DI MALAYSIA – JANA 335HP, HARGA SEKITAR RM500K
Volkswagen Malaysia baru-baru ini mendedahkan di media sosial rasminya bahawa SUV Volkswagen Touareg akan diperkenalkan ke Malaysia.
Model SUV ini adalah berdasarkan platform MLB Evo, sama seperti Porsche Cayenne, Lamborghini Urus dan Bentley Bentayga.
Dari segi penggayaan, ia kelihatan sangat dinamik, sporty dan dipadankan bersama lampu depan IQ.Light HD Matri dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk L, sementara bahagian belakang pula juga mempunyai lampu berbentuk L terbina dalam.

Selain itu, menurut VPCM, ia akan memperkenalkan model Touareg R-Line, bermaksud akan ada kit aerodinamik R-Line yang lebih sporty.
Menjengah ke dalam kabin, ia tampil dengan nuansa mewah, dilengkapi instrumen digital 12.3-inci dan hos skrin sentuh pusat bersaiz besar 15-inci, dan mempunyai sistem audio premium Dynaudio Consequence berkuasa 730W.
Secara mekanikal, kereta ini mempunyai sehingga 5 konfigurasi kuasa berbeza di luar negara, dan semuanya adalah enjin 3.0L V6, termasuk satu pengecas turbo petrol, dua pengecas turbo diesel serta dua enjin hibrid plug-in.

Di pasaran tempatan, ia bakal dikuasakan oleh versi petrol enjin 3.0L V6 Turbo, yang berupaya menghasilkan 335hp dan tork 450Nm.
Nadi berkenaan dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan serta sistem pacuan semua roda kekal 4Motion.
Untuk harga pula, tiada pendedahan dibuat namun ia dijangka dijual di Malaysia pada harga sekitar RM500,000. – Automachi
- BACA: VPCM LANCAR KEMPEN TAHUN BAHARU CINA – TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA RM18,888
- BACA: ISU BEG UDARA TAKATA, VPCM PANGGIL SEMULA 6,671 UNIT
- BACA: VPCM DAN MHV AUTOHAUS LANCAR BILIK PAMERAN DAS WELTAUTO SENDIRI PERTAMA DI MALAYSIA
- BACA: AUDI SQ8 E-TRON DAN SQ8 SPORTBACK E-TRON MENDARAT DI MALAYSIA – JANA 496HP, HARGA BERMULA RM519K







