Buletin

HYUNDAI BANGUNKAN KENDERAAN BERKAKI DAN INI BUKAN KHAYALAN

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Biasanya apabila menonton cerita sains fiksyen di televisyen kita akan dihidangkan dengan pelbagai teknologi canggih. Ada yang tidak masuk akal pada awalnya tetapi sudah pun menjadi realiti seperti teknologi hologram.

Nampaknya Hyundai mahu pergi lebih jauh dalam membawakan teknologi sains fiksyen ke alam realiti apabila membangunkan kenderaan pertama mempunyai kaki. Adakah ini jelmaan watak Ocobot Boboiboy ke dunia sebenar?

Hyundai membangunkan kenderaan berkaki bukan untuk suka-suka, ia khusus untuk digunakan sewaktu bencana alam.

Satu fakta ialah, 72 jam pertama selepas bencana alam merupakan masa paling kritikal untuk menyelamatkan nyawa.

Keadaan selepas bencana seperti kebakaran hutan, taufan atau banjir memang teruk dan menyukarkan pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan untuk sampai ke destinasi dengan segera.

Di sinilah kenderaan berkaki atau dipanggil Elevate yang merupakan Kenderaan Mobiliti Utama (UMV) memainkan peranannya.

Elevate menggabungkan teknologi dalam kenderaan elektrik dan robot bagi meredah pelbagai bentuk muka bumi yang tidak boleh dijangkaui kenderaan off-road.

Elevate bukan sahaja dibangunkan untuk menunggu bencana, ia juga boleh digunakan untuk membantu orang kelainan upaya dek kerana ia mampu mengangkat badan ke tempat tinggi.

Elevate dibangunkan daripada pelantar EV yang modular di mana badannya boleh ditukar ganti kepada pelbagai bentuk berdasarkan keperluan.

Kaki robotiknya mempunyai pergerakan lima darjah dan digerakkan melalui teknologi aktuator elektrik. Satu lagi ciri menarik ialah kaki robot tersebut boleh disimpan dan kuasa dipadamkan.

Sistem suspensi integrasi pasif pula memaksimumkan penjimatan bateri. Bila malas berjalan, naikkan semua kaki dan dipandu seperti seperti kereta biasa.

Berikut ialah kelebihan Hyundai Elevate Concept: 

  • Mendaki dinding sehingga lima kaki tinggi
  • Melangkah dengan jarak lima kaki
  • Berjalan di atas pelbagai permukaan bumi
  • Lebar sebanyak 15 kaki
  • Kesemua ini dibuat dalam keadaan kenderaan dan penumpang sekata

Di dalam Elevate, penumpang boleh menikmati kebolehan seperti berikut:

  • Kaki robotik dengan pergerakan sehingga lima darjah
  • Mampu bergerak seperti mamalia atau reptilia dalam pelbagai arah
  • Mampu mendaki dinding menegak sehingga lima kaki
  • Menjangkau sehingga lima kaki
  • Kaki boleh dikunci supaya ia statik
  • Platform EV yang modular dengan pelbagai badan boleh ditukar ganti

Satu lagi bukti projek Elevate Concept ini bukan angan-angan ialah Hyundai sebenarnya telah bekerjasama dengan Sundberg-Ferar selama hampir tiga tahun.

Sundberg-Ferar adalah sebuah firma di Metro Detroit, Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1934. Firma ini adalah studio yang fokus kepada strategi inovasi, penyelidikan reka bentuk, reka bentuk industri, antara muka pengguna, kejuruteraan dan prototaip.

BACA: HYUNDAI ‘N OPTION’ – HYUNDAI DAH MULA BERMAIN AKSESORI ALA JENAMA JEPUN

BACA: UJIAN LAPANGAN. HYUNDAI KONA CATAT PERBATUAN PALING TINGGI. TEWASKAN TESLA

Tags
Google ads
Back to top button
Close