Buletin

SUBARU GUNA SEMULA SKEMA WARNA BIRU DAN RIM EMAS UNTUK JENTERA LUMBA

Subaru dilapor akan menggunakan livery baharu yang mengambil inspirasi daripada rekaan jentera Pasukan Rali Dunia Subaru sekitar tahun 1990-an dan 2000. 

Pengeluar Jepun itu juga dikatakan telah menstruktur semula aktiviti perlumbaannya di Amerika Syarikat. Jadi, saingan  rali, rallycross, cubaan mencipta rekod, perlumbaan off-road dan di litar dilaksanakan di bawah Subaru Motorsports.

“Warna biru dan emas ini merupalam sebahagian daripada sejarah jenama kami. Ia juga disukai oleh para peminat. Sejak sekian lama, Subaru cukup sinonim dengan kereta berwarna biru, rim emas dan grafik berbentuk bintang.

“Justeru, reka bentuk baru ini merupakan tribut kepada warisan tersebut. Kami juga tidak sabar untuk mengukir kejayaan di bawah nama Subaru Motorsports,” kata Naib Presiden Pemasaran  Subaru of America, Alan Bethke.

Rekaan baru itu bakal membuat debut pada acara North American International Auto Show.  2019 di Detroit.

Google ads
Back to top button