Buletin

HYUNDAI i30 2020 DAH NAK KELUAR, i30 WAGON N LINE PUN ADA!

Hyundai i30 adalah sebuah kereta hatchback dalam segmen C yang bersaing dengan Volkswagen Golf. Selain hatchback, i30 mempunyai jenis badan wagon dan turut dinamakan sebagai Elantra di beberapa buah pasaran.

Satu fakta menarik apabila i30 generasi pertama dan generasi kedua pernah dijual di negara kita. Generasi pertama dilancarkan pada 2009 dan generasi kedua pada 2014.

Bagaimana dengan generasi ketiga? Ada di pasaran tempatan dan menariknya didatangkan dalam versi berkuasa i30N dalam jumlah terhad 20 unit sahaja.

i30 diberi perhatian lebih, selain hatchback dan wagon ia mempunyai satu lagi gayaan badan iaitu fastback yang turut mempunyai varian N.

i30N berjaya menarik perhatian mengenai kemampuan Hyundai di dalam segmen berprestasi selain daripada kejayaan i20 di Kejohanan Rali Dunia (WRC).

Model generasi ketiga itu sebenarnya masih baharu di pasaran, ia pertama kali dipertontonkan di Paris pada 2016 dan kini memasuki tahun keempat.

Hyundai i30 Fastback N

Hyundai memaklumkan model baharu bakal dipertontonkan di Pameran Kenderaan Geneva 2020 pada Mac depan.

Dari dua gambar selingan i30 N Line yang dikongsikan ternyata ia kelihatan menarik. Bahagian depan menyerlah dengan lampu LED dan lampu nyalaan siang (DRL) corak V dan gril bercorak dua arah kiri dan kanan.

Turut menarik perhatian ialah reka bentuk bampar yang agresif dengan tiga bukaan besar pada sisi dan bawah. Bahagian depan nampak lebar dan membayangkan i30 dengan stance lebih kuat.

Hyundai i30 Fastback N Line

Setakat ini dua sahaja, Hyundai memaklumkan lebih banyak gambar akan dikongsi pada minggu mendatang seperti bampar belakang dan tiga saiz roda aloi dari 16 inci hingga 18 inci.

Bahagian dalam turut dikemaskan dengan instrumen meter digital dan paparan berukuran 10.25 inci.

Satu lagi perkembangan yang dikongsi Hyundai ialah varian N Line turut ditawarkan pada i30 Wagon seterusnya menjadikan kesemua jenis badan i30 mempunyai varian sporti.

BACA: HYUNDAI VENUE, SUV ARAS MULA PADA HARGA TERBAIK

BACA: KEMUSYKILAN TENTANG KERETA ELEKTRIK DAN DIJAWAB OLEH HYUNDAI

BACA: HYUNDAI “TYPE-R” i30N RASMI DILANCARKAN. RM298,888

Google ads
Back to top button