Buletin

IAM-MIME 2023 BERLANGSUNG OKTOBER INI, TAMPIL LEBIH 300 KERETA MODIFIKASI

International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 kembali menemui peminat kereta modifikasi pada 27-29 Oktober 2023 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menyatakan bahawa acara berkenaan bakal menampilkan pameran kenderaan modifikasi, produk, inovasi terkini dalam teknologi automotif.

Untuk rekod, IAM-MIME 2023 menggabungkan tiga genre automotif di bawah satu bumbung iaitu kereta generasi baharu dari pelbagai jenama, kereta elektrik (EV) dengan inovasi terkini serta terdapat lebih 300 buah kereta modifikasi

“Selain promosi industri automotif, agenda MARii adalah sejajar dengan komitmen Malaysia untuk beralih kepada tenaga baharu,” kata Timbalan Ketua Eksekutif Institut Robotik Dan Iot Automotif (MARii), Nizmar Mohd Nazar.

Sementara itu, Pengasas MIME, Yamin Vong berkata salah satu tarikan utama adalah menyediakan uji pandu kenderaan elektrik kepada bakal pembeli.

Dianggap sebagai acara penalaan kereta terbesar di Asia Tenggara, IAM telah menjelajah lebih daripada 38 bandar seluruh Indonesia sejak tahun 2001 sebelum meluaskan lagi acara ini di Malaysia, Singapura dan Thailand.

Tiket pra-jualan kini boleh didapatkan pada harga diskaun RM17 sehari dan tawaran ini hanya sah sehingga 31 Ogos 2023.

Selain itu, tiket kemasukan turut boleh dibeli secara walk-in di kaunter pada harga RM30 sementara kemasukan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah percuma.

Untuk pembelian tiket atau maklumat lanjut, sila layari laman web Malaysia Motor Expo.

Google ads
Back to top button