
ERC 2023 – JAN KOPECKY MENANG DI BUMI SENDIRI TAPI AKHIRNYA HAYDEN PADDON DIUMUMKAN JUARA ERC 2023
Saingan FIA European Rally Championship (ERC) musim 2023 sebenarnya turut berlangsung pada hujung minggu lalu di Barum Czech Rally Zlín dengan perlumbaan ketujuh ini dimenangi oleh pemandu tuan rumah Jan Kopecký.
Pemandu Republik Czech tersebut yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 berjaya memenangi perlumbaan di laman sendiri dengan meninggalkan pemenang di tempat kedua
Sebetulnya, selain daripada berita kemenangan Jan Kopecký di bumi sendiri, ada satu lagi berita penting yang menjadi tajuk utama. Disebalik kejayaan Jan Kopecký, sebenarnya kejuaraan FIA ERC ini juga telah ditentukan apabila pendahulu, Hayden Paddon telah dinobatkan sebagai juara bagi musim 2023 ini.

Agak pelik sebenarnya apabila pemandu yang berasal dari New Zealand itu memenangi kejuaraan ERC dalam keadaan beliau sendiri gagal menamatkan saingan di Barum Czech Rally Zlín.
Hayden Paddon yang memandu menggunakan tayar Pirelli berada di kedudukan kelima ketika itu dan dalam usaha untuk memburu kejuaraan FIA ERC yang diidamkan untuk BRC Racing Team apabila dia terpaksa berhenti usai sembilan kilometer dari peringkat di Halenkovice sejauh 16.69km dengan roda belakang kanan didapati hilang dari Hyundai i20 N Rally2 miliknya.

Puncanya Hayden Paddon sedikit menyasar dari laluan dan terkena sebatang pokok hingga mengakibatkan kehilangan tayar tersebut dan mengakhiri terus cabarannya ketika itu.
Akan tetapi, disebalik peristiwa malang tersebut, pesaing rapat beliau Martin Sesks yang juga dalam usaha mengejar pendahulu saingan ERC juga tidak berupaya menamatkan saingan di Barum Czech Rally Zlín dengan baik. Beliau hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke 11 keseluruhan.

Pemandu berasal dari Poland itu yang memandu jentera Skoda Fabia RS itu hanya menamatkan di tempat ke 12 keseluruhan sekali gus memberikan ruang dan peluang buat Hayden Paddon meraikan kejuaraan ERC musim ini dan menjadi lelaki bukan Eropah pertama untuk memenanginya buat kali pertama dalam sejarah.
Begitu juga dengan jentera Hyundai i20 N Rally2, yang turut mencipta sejarah sebagai pengeluar dari Korea pertama yang berjaya memenanginya. Kali terakhir jentera dari Asia memenangi kejuaraan ERC adalah pada tahun 2005 melalui Mitsubishi Evo VII.
Sementara itu, kejayaan Jan Kopecký di bumi sendiri ini adalah suatu pencapaian yang agak luar biasa, kerana ini merupakan kemenangan kali ke 11 dalam penyertaan ERC.
Podium kedua menjadi milik Miklós Csomós yang ketinggalan 14.3 saat sahaja dengan memandu Skoda Fabia Rally2 Evo. Podium ketiga pula menjadi milik Simon Wagner dengan jentera Skoda Fabia RS Rally2.
Perlumbaan terakhir akan berlangsung pada Oktober nanti di Hungary.
BACA : ERC 2023 – MARTIN SESKS MENANG DI TEMPAT SENDIRI
BACA : ERC 2023 – OLIVER SOLBERG MENANG DI BUMI SENDIRI BAUHAUS ROYAL RALLY OF SCANDINAVIA






