Buletin

IGNIS – CROSSOVER KOMPAK GLOBAL DARIPADA SUZUKI

Suzuki Motor Corporation mengesahkan bahawa IGNIS baharu yang dibina untuk pasaran Eropah akan menjadi model crossover kompak terkininya bagi pasaran global.

Dipertontonkan kepada umum pada acara Paris Motor Show 2016 IGNIS tampil dengan reka bentuk serba baru dan karekter yang unik. Biarpun bersaiz kompak (hanya sepanjang 3,700mm), ia tetap mampu menawarkan tahap pandangan yang jelas. Di samping ruang kabin dan kargo yang luas.

suzuki-ignis-2017-mekanika-2

Di bawah pelan ‘SUZUKI NEXT 100’ yang diumumkan pada Frankfurt Motor Show 2015, Suzuki membangunkan strategi platform baharu untuk model-model masa depannya.

BACA: KERJASAMA TOYOTA-SUZUKI – PERKONGSIAN TEKNOLOGI MASA DEPAN

BACA: TERPANTAS BAGI KATEGORI 125C, SUZUKI PERKENAL GSX-R125

IGNIS merupakan model kedua selepas Baleno yang menggunakan platform tersebut dan diperkenalkan ke pasaran Eropah. Platform itu dikatakan lebih ringan dan tegar. Buktinya, berat IGNIS cuma 810kg.

Untuk pasaran UK dan Ireland, IGNIS hadir dalam tiga pilihan varian iaitu SZ3, SZ-T serta SZ5 dengan harga bermula £9,999 (RM56,600) seunit. Ia dijangka mula dijual di sana pada Januari 2017.

suzuki-ignis-2017-mekanika-3

Jentera ini dilihat mengekalkan reka bentuk model Cervo generasi pertama. Bahagian hadapannya diserlahkan dengan sepasang lampu LED dan rekaan gril nipis.  Ruang kabinnya pula ringkas. Walaupun nampak seperti sempit, IGNIS mampu menawarkan rung kargo sehingga 204 liter, bergantung kepada varian.

IGNIS dikuasakan oleh enjin empat silinder dengan teknologi Dualjet bersesaran 1.2 liter yang berupaya menjana 90hp. Untuk varian SZ5 enjinnya dilengkapi sistem (Smart Hybrid Vehicle by Suzuki) yang sebelum ini turut dipasang pada Baleno.

suzuki-ignis-2017-mekanika-4

Bagi varian tertinggi (SZ5), IGNIS dilengkapi enam beg udara, Dual Camera Brake Support, kunci pintar, tingkap belakang elektrik, lampu utama LED, lampu kabus dan DRL.

Didatangkan dalam 11 warna menarik, Suzuki mensasarkan untuk menjual lebih 6,000 IGNIS di UK dan 35,000 unit di Eropah pada tahun 2017.

Google ads
Back to top button