Advertisements
Artikel PilihanBuletin

IKAN JATUH DARI LANGIT PECAHKAN CERMIN TESLA – PELIK-PELIK BETUL KISAH TESLA NI

Rebut tak ada hujan tak ada tiba-tiba ikan jatuh dari langit. Ya, itulah yang berlaku di New Jersey bila cermin hadapan sebua Tesla Model Y pecaj akibat dihentam ikan yang jatuh dari langit. Pelik kan? Pernah berlaku tapi masih pelik pada pendengaran kita semua.

Kisah ini berlaku pada seorang wanita bernama Cynthia Levine yang ketika kejadian berada dalam rumah. Beliau dikejutkan bila penggera Tesla Model Y beliau berbunyi sedangkan tiada sesiapa berdekatan kereta itu.

Mesti best penggera kereta yang disambungkan dengan hon ni. memang bingit satu taman. Bagusnya pula bila minah ni suaminya tak tahu cara untuk mematikan penggera kereta tersebut. Ternyata ia akibat cermin hadapan yang retak akibat dihempas sesuatu.

Cynthia memeriksa cermin kereta tersebut dan mendapati terdapat percikan darah dan sisik ikan pada bahagian cermin kereta tersebut. Tak munasabah la beliau ada terlanggar ikan sewaktu memandu

Pada awalnya mereka menyangka ianya adalah prank dari rakan-rakan mereka. Budaya prank bodoh ni memang tular dulu kan? Tapi kalau ya pun nak prank mustahil la pelaku membaling ikan tersebut sampai pecah cermin yang mahal tu.

Satu ketika dahulu kisah macam ni akan kekal menjadi misteri tapi syukurlah zaman sekarang kebanyakan kenderaan mempunyai perakam video dalaman dan untuk Tesla ini, ia berada dalam mod sentry.

Mereka memainkan balik rakaman video tersebut dan menyaksikan kejadian yang cukup pelik kerana seekor ikan yang agak besar yang seolah-olah dicampak dari langit ke bumi. Boleh tengok pautan video di bawah untuk menyaksikan sendiri kejadian yang berlaku.

Pasangan suami isteri tersebut mengandaikan ikan tersebut di bawa terbang oleh seekor burung helang sebelum terjatuh ke atas Tesla Model Y yang malang itu.

Google ads
Back to top button