
TAYAR OEM BERMASALAH, SUZUKI PANGGIL BALIK V-STROM 800DE
Suzuki United Kingdom telah melancarkan ‘recall’ bagi model V-Strom 800DE susulan isu berkait dengan tayar OEM yang dibekalkan secara standard pada model berkenaan.
Tayar OEM yang dipasang secara standard itu merupakan Dunlop Trailmax Mixtour 110/80-19 depan dan 15-70-17 belakang.

Walaupun Suzuki UK tidak menyatakan masalah tersebut secara jelas namun pengumuman tersebut mengarahkan kesemua 304 unit V-Strom 800DE yang didaftarkan di UK untuk henti menunggang motosikal mereka dan hubungi pengedar Suzuki terdekat untuk proses seterusnya.
Difahamkan, pemilik boleh meminta pengedar terdekat untuk mengambil motosikal terkesan untuk proses pertukaran tayar secara percuma.

Sementara itu, bagi pemilik yang telah pun menukar tayar lebih awal, Suzuki UK akan membayar semula kos pembelian dan pemasangan tayar tersebut.
Memetik laporan media antarabangsa, Suzuki UK juga akan menangguh penyerahan V-Strom 800DE baharu kepada pelanggan.

Dalam pada itu, kami difahamkan panggilan semual tersebut turut dilaksanakan di Malaysia dengan ada pemilik yang telah pun menerima surat rasmi.
Berdasarkan surat tersebut, Suzuki Malaysia memaklumkan bahawa tayar OEM tersebut berisiko untuk pecah dan retak.