Artikel Pilihan

TOYOTA MUNGKIN HASILKAN ENJIN 2000CC PALING BERKUASA DI DUNIA!!

Laman sesawang automotif dari Jepun iaitu Best Car mendakwa Toyota sedang giat membangunkan enjin petrol yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 592 kuasa kuda bagi varian perlumbaan tanpa menggunakan apa-apa bantuan dari motor elektrik

Bagi varian yang boleh digunakan di atas jalan raya, laman web ini menegaskan enjin 2000cc ini mampu menjana 395 kuasa kuda dan 550Nm tork. Bagi varian yang lebih rendah, ia boleh menjana sehingga 296 kuasa kuda dan 400Nm tork

Menurut laman sesawang Best Car, enjin varian perlumbaan ini mampu menjana 300 ps bagi setiap1000cc dan ia bukanlah enjin yang akan dihasilkan untuk dijual kepada orang ramai. Besar kemungkinan enjin ini akan digunakan bagi perlumbaan litar biasa atau rali dari divisi Toyota Gazoo Racing

Dengan penawaran 2 varian kuasa, ia boleh ditawarkan pada kereta sport enjin tengah seperti MR2 yang akan ditawarkan dalam versi petrol dan juga elektrik. Sumber ini juga mengesahkan yang versi GRMN akan datang dengan varian GR-Four 4WD, iaitu sistem pacuan semua roda untuk perlumbaan rali.

Kombinasi enjin dan sistem GR-Four 4WD ini mungkin juga akan digunakan pada Toyota Celica iaitu kereta sport enjin depan dengan 2 pintu. Enjin ini akan dipadankan dengan 2 pilihan transmisi samaada transmisi 6 kelajuan manual ataupun 8 kelajuan automatik iaitu penawaran yang sama oleh GR Yaris.

Sumber ini adalah selari dengan kenyataan rasmi Toyota pada bulan Mei 2024 yang akan bekerjasama dengan Subaru dan Mazda bagi membangunkan enjin pembakaran dalam generasi baru bagi kegunaan masa depan. Biarpun tiada spefikasi teknikal didedahkan oleh pakatan ini, enjin baru ini diwar-warkan sebagai sangat efisyen, berkuasa, boleh digabungkan dengan sistem hibrid dan beroperasi dengan pelbagai sumber bahan api.

Sasaran awal Toyota ialah enjin 2000cc turbo ini akan mengatasi enjin 2400cc turbo mereka dari segi kuasa, lebih kompak dan lebih cekap tenaga. Enjin ini juga mampu melepasi pelbagai regulasi pencemaran udara bagi pasaran seluruh dunia

Google ads
"
"
Back to top button