Motosikal

BRIXTON MULA HASILKAN STORR 500 UNTUK PASARAN GLOBAL

Brixton mencuri tumpuan ketika di EICMA 2022 apabila mempamerkan prototaip adventure sulung yang diberi nama Brixton Storr 500. 

Dua tahun kemudian, Brixton mengesahkan bahawa Storr 500 kini telah pun mula dihasilkan di China dan bakal tiba di pasaran global tidak lama lagi. 

Untuk rekod, Brixton merupakan jenama motosikal milik syarikat Austria, KSR Group dengan kilang pembuatan dan pemasangan bertempat di China. Kesemua motosikal tawaran Brixton dihasilkan oleh kilang Gaokin termasuk Crossfire 500 dan Cromwell 1200. 

Storr 500 pada awalanya dijadualkan untuk pasaran 2023 namun ketika itu KSR Group berdepan masalah kewangan sebelum penstrukturan semula pada Disember 2023 kembali memperkuat syarikat itu untuk memulakan jendela 2024 dengan lebih kuat dan stabil. 

Atas kertas, Storr 500 menawarkan perincian mirip dengan prototaip yang dipamerkan di EICMA 2022 kecuali beberapa perubahan kecil antaranya reka bentuk ekzos baharu. 

Namun, antara yang dikekalkan termasuk panel pelindung yang terdapat pada panel sisi bahagian depan (yang juga bertindak sebagai tempat meletak bagasi kecil. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • panel meter TFT jenis menegak
  • rim lidi 19-inci depan dan 17-inci belakang
  • ABS
  • cakera brek tunggal
  • traction control

Brixton Storr 500 ini dikuasakan enjin parallel-twin 486cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 47hp dan 43Nm. Menurut Brixton, Storr 500 ini adalah seberat 209kg dengan tangki penuh. 

Google ads
Back to top button