Buletin

BOLEH ZIARAH RAYA DALAM NEGERI SAMA. TERHAD 20 ORANG SATU-SATU MASA

Kerajaan membenarkan aktiviti ziarah bersama jiran terdekat dan keluarga dalam negeri yang sama, dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas petang tadi.

Menurut Muhyiddin, kelonggaran itu diberikan kepada rakyat yang menyambut tiga perayaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa hingga 9 Jun ini, iaitu Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.

“Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka. Setiap keluarga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung.

“Amalkan juga kebersihan kendiri seperti penggunaan cecair pembasmi kuman sepanjang sambutan perayaan ini.

“Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir,” katanya pada perutusan khas, hari ini. – Berita Harian

Tags
Google ads
Back to top button