Buletin

SELAMBA ‘CHUP’ PARKING, BUKAN MASALAH BESAR KATANYA

Budaya ‘chup’ tempat letak kereta nampaknya masih berleluasa sehingga ke hari ini meskipun tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki ‘chup’ tempat letak kereta di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), lokasi di mana berlangsungnya Malaysian Association of Tour and Travel Agents (Matta) Fair 2023.

“Serius ah bro? Chup parking? Saya tahu awak nak pergi Matta Fair. Saya pun nak pergi Matta Fair,” keluh wanita itu.

“Ia bukan masalah besar,” respon lelaki tersebut sambil tersenyum.

“I hope you have a good karma la bro. I hope u have a good day,” balas wanita dengan nada kecewa.

Melihat ruang komen akaun TikTok @larojtfl, rata-rata netizen cukup marah terhadap reaksi diberikan lelaki itu.

“Call polis je. Dia mesti blah punya. Dah ada akta kan? Denda 2k atau penjara,” tulis seorang netizen.

“Jangan berdiri sahaja, bawa tilam dan bantal sekali, letak di tempat letak kereta itu,”

Komen lain, “masuk je parking tu, nanti pandai-pandai la dia gerak, jenis macam ni jangan mengalah.”

Sebelum ini, polis menyatakan perbuatan sedemikian adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM2,000, atau penjara sehingga enam bulan. Kesalahan berulang akan didenda sehingga RM4,000 atau penjara sehingga 12 bulan. – New Straits Times

Google ads
Back to top button