Buletin

INI RAMALAN TRAFIK OLEH WAZE SEMASA BALIK RAYA NANTI

Dengan berakhirnya bulan Ramadan, satu cabaran baru akan muncul – perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya.

Berikut adalah beberapa ramalan trafik Waze yang boleh anda jangkakan semasa memandu pulang ke kampung halaman tahun ini:

Ramalan 1: Akan terdapat lebih ramai rakyat Malaysia di atas jalan raya

Berdasarkan data Waze dari tahun 2018, sempena cuti sekolah dan musim Raya, Waze meramalkan jumlah pengguna aktif jalan raya akan meningkat sebanyak 18% berbanding satu minggu biasa.

Ramalan 2: Rakyat Malaysia akan menghabiskan lebih banyak masa di atas jalan

Secara purata, rakyat Malaysia menghabiskan masa selama 72 minit sehari di jalan raya. Namun, masa itu dijangka meningkat ketika Raya kerana Waze meramalkan pertambahan sebanyak 15% atau bersamaan 83 minit.

Jarak yang dilalui oleh pengguna jalan juga dijangka meningkat sebanyak dua kali ganda dari 56km sehari seperti yang diperhatikan dalam satu minggu biasa.

Ramalan 3: Rakyat Malaysia, makanan dan membeli-belah

Setiap bulan, penggunaan Waze rakyat Malaysia mencatatkan 7.2 juta navigasi berkaitan dengan makanan dan 9.7 juta navigasi melibatkan membeli-belah. Angka itu dijangka akan meningkat sepanjang cuti Hari Raya kali ini.

Beberapa tip Waze di hujung jari anda

Semasa musim perayaan, memang tidak seronok kalau setakat duduk di rumah, tetapi apa yang boleh anda buat apabila semua jalan rasa sesak?

  • Pasang Waze sepanjang perjalanan
    • Waze mencadangkan anda untuk membiarkan aplikasi tersebut dipasang apabila memandu bagi mendapat data trafik dalam masa sebenar. Ini boleh membantu Waze mengagak masa pemanduan dengan lebih tepat.
  • Pilih laluan anda
    • Waze turut mencadangkan penggunaan Laluan dalam aplikasi itu yang akan memeriksa laluan mana yang menawarkan masa ketibaan paling cepat. Alternatifnya, para pengguna boleh memilih laluan yang lebih senang atau dikenali, termasuklah jalan tanpa tol.
  • Mainkan lagu

Dengan tip-tip ini, kami harap anda akan mempunyai perjalanan ‘balik kampung’ yang lancar dan sampai ke destinasi dengan selamat. Muat turun aplikasi Waze dan cubalah sendiri.

Untuk maklumat lanjut, sila mengunjungi www.waze.com.

Google ads
Back to top button