Buletin

INI SENARAI PEMENANG ENJIN A’BANGSA 2017 – DARI FERRARI HINGGA HONDA

Sebelum ini kami pernah bawakan berita tentang enjin Ferrari 3.9 liter V8 turbo berkembar memenangi Anugerah Keseluruhan Enjin Antarabangsa (IEYA) 2017 buat kali kedua berturut-turut.

Ini pula adalah senarai penuh enjin-enjin yang memenangi anugerah IEYA mengikut kategori masing-masing. Acara penganugerahan diadakan sempena Engine Expo yang berlangsung di Stuttgart, Jerman pada 21 Jun lalu.

Anugerah ini diadili oleh 58 juri antarabangsa dari 31 buah negara.

Pemenang keseluruhan

  • Ferrari 3.9 liter V8 turbo berkembar – enjin dengan kod nama F154CB kini berada dalam senarai eksklusif yang terdiri dari empat jenis sahaja yang berjaya memenangi anugerah enjin terbaik dua tahun berturut-turut
  • 670 ps pada 8,000 rpm dengan tork 760 Nm pada 3,000 rpm pada gear ketujuh

Enjin baharu 

  • Honda/Acura 3.5 liter V6 bi-turbo hybrid – Enjin ini satu-satunya dari pengeluar Jepun tunggal yang memenangi anugerah. Ia dilengkapi dalam dua buah model iaitu Honda dan Honda NSX.
  • Anugerah ini tanda kembalinya Honda selepas 11 tahun sepi

Enjin hijau

  • Nadi kuasa elektrik Tesla seperti dalam Model S dan Model X
  • Turut disaingi oleh VW, Renault/Nissan, GM dan BMW serta lain-lain pengeluar
  • Model lain terdiri dari BMW i3 dan Chevrolet Bolt
  • Tesla sudah empat kali memenangi anugerah Enjin Hijau

Sesaran 1.0 liter hingga 1.4 liter

  • Kumpulan PSA 1.2 liter PureTech Turbo tiga silinder
  • Tahun kedua berturut-turut
  • Tiga kali menang anugerah ini
  • Saingan dari VW, Fiat Chrysler dan BMW

Sesaran 1.4 liter hingga 1.8 liter

  • 1.5 liter tiga silinder BMW elektrik gasoline hybrid
  • Digunakan pada model i8

Sesaran 1.8 liter hingga 2.0 liter

  • 2 liter turbo Porsche
  • Digunakan pada model 718 Boxster dan Cayman

Sesaran 2.0 liter hingga 2.5 liter

  • 2.5 liter turbo lima silinder Audi

Sesaran 2.5 liter hingga 3.0 liter

  • 3 liter turbo, enam silinder Porsche
  • Turut disaingi oleh Alfa Romeo, Mercedes-AMG dan BMW

Sesaran 3.0 liter hingga 4.0 liter

  • Ferrari 3.9 liter V8 turbo berkembar

Sesaran 4.0 liter ke atas

  • Ferrari 6.3 liter V2
  • Turut disaingi BMW, Jaguar Land Rover, Mercedes-AMG, Fiat Chrysler dan Aston Martin

BACA: HONDA NSX -BAGAIMANA IA BERMULA? APAKAH MAKSUD ASAL N.S.X?

BACA: LAFERRARI APERTA “N.O.S” RM31 JUTA – SAYANGNYA BILA KERETA JADI BARANG DAGANGAN

Tags
Google ads
Back to top button