Motosikal

DUCATI BAKAL PRODUKSI MOTOSIKAL ELEKTRIK TIDAK LAMA LAGI?

Jika anda perasan, semakin banyak pengeluar motosikal yang menyatakan hasrat atau sudahpun menghasilkan jentera elektrik/model konsep masing-masing. 

Terbaharu, Ducati mengesahkan bahawa ia akan menawarkan motosikal tidak lama lagi kepada pengguna. Berita itu disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Ekskutif Ducati, Claudio Domenicali.  

“Motosikal elektrik adalah masa depan. Kami sudah hampir untuk memulakan produksi jentera tersebut,” kata Domenicali. 

Bagi kebanyakan penunggang, mereka jarang menunggang pada jarak lebih 160km sehari. Jadi, penghasilan dan penggunaan motosikal elektrik dilihat lebih realistik.  

Motosikal elektrik Ducati bukanlah satu konsep baru, malah sudah banyak laporan dikeluarkan mengenainya. Cuma, Ducati masih berahsia tentang perinciannya. 

Adakah ia merupakan Hypermotard yang dijana oleh rangkaian kuasa Zero FX dan dibangunkan di Thailand? Mungkin juga model konsep Ducati Zero yang direka oleh Sekolah Reka Bentuk Politeknik Milan dengan kerjasama Ducati. Masih terlalu awal untuk kita meneka.   

Apa yang pasti, melihat bagaimana mosikal ini akan bersaing dengan jentera elektrik Harley-Davidson dari segi harga, jarak dan kuasa memang mengujakan.

Google ads
Back to top button