BuletinMotosikal

INILAH DIA YANG DITUNGGU – DUCATI DESMOSEDICI STRADALE V4, 1,103CC DAN 210HP!

Ducati telah mendedahkan perincian enjin V4 terbaru mereka sempena kedatangan pusingan MotoGP San Marino GP Misano, Itali. Tanpa berselindung lagi, ini adalah enjin versi jalanan yang dibangunkan sepenuhnya menerusi teknologi perlumbaan MotoGP Ducati.

Ia pendedahan awal jentera yang akan menguasakan model-model masa hadapan Ducati. Paling ditunggu sudah tentulah model Ducati Panigale V4.

Melihat pada spesifikasinya, ia akan jadi antara enjin produksi motosikal paling berkuasa dalam kelasnya.

Spesifikasi asasnya adalah seeprti berikut;

 

  • 1,103cc
  • Kuasa 210bhp @ 13,000rpm
  • Tork 120Nm antara 8,750rpm – 12,250rpm
  • 81 x 53.5 – bore x stroke
  • Counter-rotating crank
  • 70-degree crank-pin offset / ‘Twin-Pulse’ firing order
  • 52mm throttle body dengan varible-height intake ‘horns
  • DQS quick-shifter (gear menaik dan menurun)

Lebih menarik lagi, walaupun bersesaran lebih kecil, enjin ini hanya seberat 65kg. Ia 2kg lebih ringan berbanding enjin sekarang 1,285cc Superquadro v-twin.

BACA: SPYSHOT PANIGALE V4

Perumah enjin diperbuat daripada alumnium tempa sementara pelindung selinder ombohnya disalut dengan Nikasil-aluminium. Penutup enjin diperbuat dari magnesium tempa. Semua ini menyumbang kepada pengurangan berat yang ketara.

Di sebalik kuasanya yang tinggi, Ducati memberitahu sela waktu servis (service interval) bagi enjin ini telah dipertingkatkan. Ia mampu bertahan sehingga 15,000 batu atau 24,000 kilometer bagi sekali servis!

Tidak dinafikan lagi, Desmosedici Stradale V4 ini akan menjadi penanda aras baru bagi enjin superbike akan datang. Berapa pula kelajuannya nanti bila dipasangkan pada Panigale terbaru? Apa jadi dengan gentlement agreemen?

 

Google ads
Back to top button