
INILAH PENCURI YANG PALING TABAH DI DUNIA
Pepatah Melayu ada mengatakan rajin dan usaha itu tangga kejayaan. Tapi tidak semestinya berjaya, kadang kala mesti gagal punya. Apapun ketabahan itu amat penting dalam mengharungi kehidupan.
Ini ada satu contoh ketabahan dalam rakaman video yang dikongsi oleh seorang warga England. Ia merupakan contoh terbaik ketabahan dalam pekerjaan ataupun dalam video ini, ketabahan seorang pencuri basikal.
BACA: PENCURI DITANGKAP KERANA GAGAL PANDU MANUAL
BACA: ALAT MISTERI UNTUK MENCURI KERETA PUSH START
Ini merupakan rakaman dari bahagian belakang kereta yang memaparkan bagaimana sukar kerjaya seorang penyangak dari England yang ingin mencuri sebuah basikal daripada sebuah kereta yang sedang bergerak. Bukan di tempat pakir ok?. Walaupun cuma seorang pencuri, ketabahan beliau memang boleh dipuji.
Ia menunjukkan seorang lelaki cuba mencuri sebuah basikal lumba yang agak mahal dari jenama Mekk Primo yang berharga sekitar RM9,500. Masalahnya satu sahaja iaitu beliau cuba mencurinya sewaktu kereta sedang bergerak.
Pada mulanya beliau cuba mencuri ketika kereta tersebut berhenti, kemudian lampu isyarat bertukar hijau dan kereta tersebut bergerak melalui Tower Bridge Road di tengah London.
Beliau terus mengejar kereta tersebut dengan menggunakan basikal yang lebih murah, mungkin milik sendiri kot.
Memang tak putus asa betul brader pencuri ni. Jika dilihat dalam video, perjalanannya agak jauh sehinggalah kereta itu berhenti sekali lagi dan beliau cuba lagi untuk mencuri basikal tersebut.
Dalam proses mencuri tersebut beliau sanggup meningggalkan basikal sendiri di tengah jalan dan menanggung risiko kehilangan basikal, nyawa dan mungkin juga kaki bila kereta tersebut mula bergerak kembali.
Pemilik basikal lumba tersebut ialah seorang lelaki berusia 24 tahun yang bernama Musa. Sewaktu kejadian, kereta tersebut dipandu oleh teman wanita beliau bernama Chloe yang telah berkongsi cerita ini dengan laman web Come On England!
Memandangkan basikal tersebut telah dipasang dengan kemas di bahagian belakang kereta dan adalah mustahil untuk pencuri tersebut terus mengejar kelajuan kereta, Chloe terus memecut pergi.
Pencuri itu sebenarnya masih cuba mengejar sehinggalah berputus asa selepas beberapa ketika. Bayangkan jika si pencuri ini begitu bersungguh-sungguh dalam melakukan perkerjaan yang halal, rasanya dalam masa 10 tahun dan jadi CEO kot?
Siapa tahu kan?.