Buletin

MCLAREN KUALA LUMPUR

Berita baik untuk orang-orang kaya di Malaysia. Anda kini boleh memiliki jentera berkuasa tinggi apabila McLaren Kuala Lumpur dibuka secara rasminya pada September depan. 

031212mclarb

McLaren Automotive untuk pasaran Malaysia akan diwakili oleh Sime Darby Motors. Pengumuman tersebut sekali gus menjadikan McLaren Kuala Lumpur sebagai peruncit yang ke- 41 untuk McLaren ketika ia semakin agresif mengembangkan rangkaian jualannya ke pasaran Asia Pasifik. Ia juga merupakan pasaran global ke-25 McLaren Automotive dalam tempoh dua tahun.

mclaren_automotive_image_2

Galeri jualan itu bakal dioperasikan oleh Sime Darby Auto Britannia Sdn. Bhd. (Auto Britannia) yang berpangkalan di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur.

McLaren MP4-12C

Sempena sambutan ulang tahun ke-50 jenama McLaren, bilik pameran tersebut akan mempamerkan rangkaian model McLaren. Ia disokong oleh pusat servis di Taman Industri Temasya, di Glenmare Shah Alam dengan semua kakitangannya mendapat latihan di kilang McLaren Automotive di Woking, United Kingdom.

71964amclar

“McLaren Automotive komited untuk menawarkan kereta sports dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pelanggannya di seluruh dunia. Pengalaman luas Sime Darby Motors di pasaran kenderaan mewah di rantau Asia Pasifik dan reputasinya dalam memberikan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang menjadi pertimbangan utama ketika kami memilih rakan kerjasama,” kata Pengarah Serantau McLaren Automotive untuk Asia Pasifik, MirkoBordiga.

71808mclar_leadimage110620_mclaren_mp412cdetails006

Auto Britannia kini dikatakan sedang merancang untuk melaksanakan beberapa inisiatif untuk meningkatkan lagi minat pengguna tempatan terhadap jenama McLaren.

head_on_low_doors_0154b

“Kami sangat teruja untuk mewakili jenama McLaren Automotive dan menjadi rakan kerjasamanya di Malaysia. McLaren Kuala Lumpur merupakan kerjasama ketiga dengan McLaren selepas McLaren Hong Kong dan McLaren Shanghai.

rear3qlow_0040d

“Pengalaman kami dengan McLaren di pasaran lain pasti memberi manfaat kepada Auto Britannia dalam usahanya untuk memberikan perkhidmata terbaik kepada para pelanggan,” jelas Pengarah Urusan Sime Darby Motors Datuk Lawrence Lee.

[hr] Galeri

71155mclarenqualified_medmclaren_12c_2013my116interior_seats_0285editmclaren_automotive_image_4120213_mclaren_automotive_dunsfold_test3P11 Drivers POV 031120130_mclaren_automotive_dunsfold_press_pack52

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button