Motosikal

Integra Gaya Boon Siew Honda

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Gabung elemen terbaik sebuah motosikal dan skuter. 

Jika dilihat pada perkembangan mutakhir, Boon Siew Honda begitu agresif memperkenalkan model terbarunya pada tahun lalu. Jentera berkuasa tinggi juga tidak ketinggalan dibawa masuk ke pasaran tempatan. Ia boleh saja dilihat sebagai langkah untuk mengimbangi penguasaan pasaran  tempatan oleh dua lagi pengeluar motosikal dari Jepun, Yamaha dan Kawasaki. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada memberitahu, pengenalan produk-produk tersebut adalah untuk memenuhi permintaan pengguna yang memiliki profil berbeza. “Setiap model Honda menawarkan ciri berbeza dengan ketelitian kualiti yang sudah sinonim dengan jenama ini sejak sekian lama,” kata Okada. Terkini, sebuah model unik dikenali sebagai Integra diperkenalkan. Harus saya ingatkan habawa ini bukan Integra yang selalu anda tengok di atas jalan raya dengan emblem Type-R di bahagian belakangnya, Sebaliknya, Integra ialah motosikal yang menggabungkan prestasi unggul sebuah motosikal dengan kendalian mudah sebuah skuter dalam satu pakej. Jentera itu dilengkapi enjin dwi silinder selari berkapasiti 670cc dengan sistem sejukan jenis cecair. Sistem transmisi dwi klac generasi kedua Honda yang ada pada Integra pula menawarkan kelancaran tunggangan secara optimum. Transmisi tersebut menyediakan pilihan mode tunggangan manual dan automatik dengan tetapan S untuk tunggangan sport. Sementara mode  D untuk tunggangan dalam bandar dan lebuh raya. Hasil daripada kelebihan kombinasi ini, Integra memberikan bacaan penggunaan petrol yang agak baik iaitu purata 27.9 kilometer bagi setiap liter (km/l).

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Sistem penyerap hentak pula terdiri daripada suspensi teleskopik 41mm yang dipadankan dengan penyerap Monoshock. Ia dibangunkan khas oleh Honda dengan konfigurasi Pro-Link untuk memberi lebih kestabilan. Ciri keselamatannya juga berada pada tahap tertinggi apabila dilengkapi sistem brek Gabungan ABS (C-ABS). C-ABS berfungsi memastikan keseimbangan kawalan brek roda hadapan dan belakang agar lebih cekap ketika menghadapi situasi genting dengan berkesan. Integra ditawarkan pada harga bermula RM64,688 bersama jaminan selama dua tahun dan perbatuan sejauh20,000 kilometer. Anda juga boleh memilih beberapa warna yang disediakan iaitu hitam,putih, biru dan merah.

[hr top]

Gallery

[hr_invisible]


[hr]

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.

Leave a Reply

Back to top button