Buletin

ISUZU MALAYSIA SERAH 29 UNIT TRAK KEPADA NATIONWIDE EXPRESS

Isuzu Malaysia baru-baru ini menyerahkan 29 unit trak baharu kepada syarikat kurier dan logistik tempatan, Nationwide Express Courier Services Sdn Bhd.

Penyerahan tersebut berlangsung di ibu pejabat Nationwide Express di Shah Alam. 26 unit yang diserahkan ialah trak tugas ringan dan 3 unit trak tugas sederhana. Semua 29 unit itu diperoleh melalui pengedar sah Isuzu, Pacific Motor Sdn Bhd.

Melalui hubungan perniagaan yang telah lama terjalin, Isuzu Malaysia memenuhi keperluan pengangkutan Nationwide Express dengan trak-trak yang boleh dipercayai dan tahan lasak.

Pemerolehan terkini itu selari dengan perkembangan perniagaan Nationwide Express dan dijangka dapat meningkatkan keberkesanan operasinya.

Sebagai salah satu syarikat perkhidmatan kurier dan logistik utama negara, Nationwide Express sangat komited untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran yang menjangkaui jangkaan para pelanggan.

Dengan Isuzu, syarikat kekal yakin bahawa perkhidmatan yang mereka tawarkan dapat menjimatkan kos dan masa, serta berjalan dengan lebih lancar.

Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Komersial Isuzu Malaysia, Atsunori Murata menyatakan bahawa Isuzu Malaysia akan menawarkan sesi latihan yang diperlukan untuk para pemandu, selain daripada servis selepas jualan yang lebih efisien.Trak-trak baharu itu akan diagihkan ke pusat-pusat logistik Nationwide Express di seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari laman web: www.isuzu.net.my.

Google ads
Back to top button