Buletin

ISUZU TERUS JADI PENAJA UTAMA BORNEO SAFARI

Edisi jubli perak Borneo Safari pada tahun ini akan menerima sokongan penuh daripada Isuzu Malaysia selepas syarikat tersebut mengesahkan dirinya sebagai  Penaja Berlian (Diamond Sponsor).

Borneo-Safari-Isuzu-D-Max-mekanika (2)

Pengesahan itu diumumkan selepas mesyuarat di antara Pengurus Besar Kanan, Divisyen LCV Isuzu Malaysia, Hajime Machimura dan Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dengan perjanjian ini, Isuzu Malaysia akan terus menyokong acara off-road paling sukar di Asia itu untuk sembilan tahun berturut-turut. Ia mula terlibat dalam acara itu sebagai rakan media pada tahun 2006.

Borneo-Safari-Isuzu-D-Max-mekanika (6)

“Hubungan rapat kami dengan Borneo Safari sudah berlangsung hampir sedekad apabila Isuzu Malaysia mula bertapak di negara ini. Kami berbesar hati untuk melihat sepanjang tahun-tahun tersebut, acara Borneo Safari dan reputasi Isuzu sebagai salah sebuah kenderaan 4×4 paling lasak di pasaran telah berkembang dengan signifikan,” kata Machimura.

Borneo Safari pada tahun ini akan diadakan pada 25 Oktober hingga 1 November 2015. Ia dijangka menarik minat jumlah penyertaan yang sangat memberangsangkan dengan konvoi dijangka mencecah lebih 200 buah kenderaan.

Borneo-Safari-Isuzu-D-Max-mekanika (1)

Acara pada tahun ini direka agar lebih kompak dari segi jaraknya, namun cabaran tetap sama seperti tahun-tahun sebelumnya.  Acara pada tahun ini akan tertumpu kepada kawasan tinggi Keningau dan Tenom, di mana laluannya dijangka sangat sukar dan mencabar.

Bercakap selepas menyuarat itu, Faez Nordin mengakui bahawa sumbangan Isuzu sepanjang beberapa tahun ini telah memberi kesan mendalam ke atas Persatuan  Pacuan Empat Roda Sabah, terutama dari segi pendedahan tentang acara Borneo Safari.

Borneo-Safari-Isuzu-D-Max-mekanika (5)

Dengan peningkatan minat media terhadap acara ini, Isuzu Malaysia akan menyediakan tiga unit Isuzu D-MAX yang sangat berkemampuan kepada penganjur untuk membawa media-media tempatan sepanjang acara tersebut.

Ketiga-tiga unit Isuzu D-MAX akan menerima modifikasi yang minimum bagi membolehkannya disesuaikan dengan pemanduan off-road yang cukup mencabar. Antara penambahbaikan itu adalah pemasangan tayar untuk laluan berlumpur, pelindung enjin dan badan kenderaan serta winch elektrik.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button