Buletin

TOYOTA PRIUS GENERASI KEEMPAT

Pengenalan model hibrid terkenal Toyota Prius membuktikan keupayaan teknologi termaju hibrid Toyota.   

Toyota-Prius-2016-mekanika (3)

Jentera baharu itu dibina berdasarkan kepada kekuatan dan pencapaian model terdahulu. Selain menetapkan penanda aras baharu dari segi penjimatan bahan api, emisi dan kecekapan.

Prius dikuasakan oleh rangkaian kuasa hibrid Toyota sepenuhnya, ia menawarkan pecutan yang lebih lancar dan responsif.

Toyota-Prius-2016-mekanika (5)

Rekaan luarannya banyak dipengaruhi oleh model Toyota Mirai yang pasti menimbulkan perdebatan ramai. Prius kini dikatakan lebih kemas dan atletik. Hudnya direndahkan dan lampu utama LED menjadi ciri standard. Sementara lampu belakang yang memanjang memberikan penampilan tersendiri.

Di bahagian kabin, pemandu dan penumpang akan disambut dengan  rekaan yang moden, susunan butang mudah dikawal dan selesa.

Toyota-Prius-2016-mekanika (4)

Prius ini juga menjadi model global pertama yang menggunakan Toyota New Global Architecture (TNGA). TNGA berfungsi menambah baik prestasi dan meningkatkan tarrikan menerusi program pembangunan komponen rangkaian kuasa serta platform secara bersepadu.

Antara ciri yang menarik perhatian adalah penggunaan suspensi double wishbone pada roda belakang. Dengan binaan badan yang tegar,  Prius menjanjikan kualti pemanduan lebih mantap.

Toyota-Prius-2016-mekanika (1)

Jentera ini sarat dengan sistem keselamatan seperti Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada Pre-Collision System bersama Pedestrian Detection, Lane Departure Alert, Steering Assist, Full-Speed Dynamic Radar Cruise Control dan Automatic High Beams.

Sejak dimulakan pada tahun 1992, Toyota telah menjual lebih lapan juta unit kereta hibrid di seluruh dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button