Buletin

ISUZU TERUS SOKONG BORNEO SAFARI

Isuzu Malaysia meneruskan sokongannya ke atas acara Borneo Safari 2014. Sekali gus menjadi tahun kelapan berturut-turut syarikat automotif gergasi dari Jepun itu tampil sebagai penaja kepada cabaran 4×4 paling sukar di Asia. 

isuzu-borneo-safari-mekanika (2)

Untuk acara pada tahun ini, Isuzu mengekalkan posisi premiumnya selaku Diamond Sponsor. Sekali lagi, Isuzu Malaysia bekerjasama dengan Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah (SFWDA) dalam usaha meningkatkan profail acara tahunan yang sudah masuk edisi ke-24 itu sejak ia mula diperkenalkan.

Ketika menyampaikan penajaan, Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida menyatakan kegembiraannya kerana dapat melibatkan diri dalam acara yang berprestij dan dinamik seperti Borneo Safari.

“Acara ini telah menjadi sokongan kepada peminat pemanduan off-road di peringkat serantau dan global. Kami sangat berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada acara hebat ini yang mencabar manusia dan mesin hingga ke hadnya. Untuk menguasai cabaran seperti ini, ia benar-benar memerlukan hanya yang terbaik,” kata Ishida.

SONY DSC

Isuzu Malaysia sekali lagi akan menyediakan kenderaan rasmi untuk media, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak lapan tahun lalu. Ia akan membawa rakan-rakan media menempuh laluan sukar di dalam trak pikap Isuzu D-MAX yang selesa, tahan lasak dan selamat.

Untuk acara ini, Isuzu Malaysia akan menyediakan sebuah Isuzu D-MAX V-Cross 3.0 baharu yang menawarkan prestasi dan cengkaman luar biasa untuk meneroka apa jua laluan serta kondisi pemanduan.

SONY DSC

V-Cross 3.0 juga akan menerima modifikasi minimum dengan hanya beberapa komponen tambahan untuk berdepan dengan keadaan sukar yang sering dialami di dalam hutan Borneo. Ini termasuklah ‘snorkel’ udara, tayar ‘off-road’, pemijak sisi tahan lasak dan ‘winch’. Walaupun dengan sedikit penambahan, Isuzu D-MAX tetap mampu mengikuti kenderaan lain yang menyertai konvoi tersebut dengan cemerlang sepanjang lapan hari acara berlangsung.

Kemampuan itu membuatkan para penganjur Borneo Safari menobatkan Isuzu D-MAX sebagai kenderaan terbaik (Car of the Year) sebanyak dua kali, termasuklah pada tahun lalu atas kemampuan luar biasanya, biarpun dalam keadaan standard.

SONY DSC

Ketika menerima penajaan bagi pihak para penganjur, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah, Faez Nordin menyatakan penghargaan atas sokongan yang telah diberikan oleh Isuzu terhadap acara Borneo Safari selama ini.

Borneo Safari kali ke-24 merupakan acara yang mengambil masa selama lapan hari dan bermula di Kota Kinabalu pada 26 Oktober 2014. Acara pada tahun ini akan membawa para peserta menempuh laluan mencabar di tengah-tengah Sabah. Ini termasuklah satu perhentian di kawasan tanah tinggi yang amat mencabar di Pusat Pemuliharaan Imbak Canyon. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button