Artikel PilihanBuletin

MAZDA6 2.2 DIESEL PECAH REKOD 20 FIA

Sedan Mazda6 yang dikuasakan oleh unit enjin diesel SKYACTIV-D bersesaran 2.2 liter berjaya memecahkan rekod pecutan 20 FIA (tertakluk kepada homologasi FIA). 

mazda6-world-speed-record-mekanika (1)

Sebanyak tiga unit Mazda6 yang dijana oleh enjin berkuasa 175PS itu menyempurnakan ujian selama 24 jam pada kelajuan tinggi di litar Pepenburg, Jerman hujung minggu lalu.

Jentera tersebut mencatat kelajuan purata 220km/j. Rekod kereta produksi berenjin diesel bersesaran 2.0 hingga 2.5 liter sebelum ini adalah 209km/j. Ketiga-tiga buah Mazda6 itu turut mencatat beberapa rekod kelajuan purata lain yang merangkumi jarak-jarak berbeza.

mazda6-world-speed-record-mekanika (5)

Ujian pemanduan sejauh 5,300 kilometer tersebut melibatkan 23 orang pemandu dari tujuh negara Eropah. Mereka terdiri daripada pemandu profesional, wartawan pemotorandan peminat tegar kereta.

Ketika memandu selama 1 jam setengah, para pemandu perlu memastikan kenderaan tidak memperlahankan pecutan.

mazda6-world-speed-record-mekanika (9)

Ujian itu menjadi sememangnya bukti terbaik mengenai kemampuan enjin diesel SKYACTIV-D yang memiliki nisbah mampatan 14:1, paling rendah dalam kalangan enjin diesel di dunia.

mazda6-world-speed-record-mekanika (4)

Enjin tersebut dipasang pada model-model seperti Mazda CX-5, Mazda6, Mazda3 dan Mazda2 serba baharu (enjin SKYACTIV-D 1.5 baharu dengan nisbah mampatan 14.8:1) tidak lama lagi.

mazda6-world-speed-record-mekanika (8)

Mazda juga mengakui bahawa permintaan terhadap enjin yang efisien dan penuh kuasa tersebut amat memberangsangkan di seluruh dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button