Motosikal

PREBIU EKSKLUSIF DUCATI SCRAMBLER 2015

Pengedar rasmi motosikal jenama Ducati di Malaysia Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) mengujakan sekumpulan media dan ahli kelab Ducati Malaysia apabila memperkenalkan model yang begitu ditunggu-tunggu, Ducati Scrambler. 

ducati-scrambler-2015-mekanika (6)

Prebiu jentera tersebut dibuat sempena acara Asia Ducati Week 2014 dan Malaysian MotoGP yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu depan.

Model yang dipertontonkan itu ialah jentera sama yang dipamerkan di pameran motosikal Intermot di Jerman pada Oktober lalu.

SONY DSC

Seperti biasa, Ducati Malaysia cuba untuk membawakan model terbaharu dalam kadar segera untuk pelanggan tempatan. Scrambler tidak terkecuali. Rangkaian penuh Scrambler dijangka diperkenalkan secara rasmi pada suku pertama 2015.

Dalam majlis prebiu itu, tiada harga dinyatakan. Dengar kata, harganya mungkin tidak jauh berbeza dengan model Monster dan tidak mustahil juga lebih murah.

ducati-scrambler-2015-mekanika (7)

Secara fizikalnya, Ducati Scrambler memiliki penampilan yang maskulin dan menarik. Ia merupakan interpretasi daripada jentera ikonik pengeluar berpengaruh dari Itali itu.  Mula diperkenalkan pada tahun 1962, Ducati Scrambler menyeimbangkan aspek tradisi dan kemodenan.

Karekter itu dapat dilihat dengan jelas pada rekaan tangki minyak dan lampu utama berbentuk bulat. Pada masa yang sama, jentera tersebut turut dipasang dengan pelbagai ciri moden seperti sistem brek ABS dua saluran, lampu LED dan port mengecas USB di bawah tempat duduk.

SONY DSC

Sebelum ini, ia dikuasakan oleh unit enjin silinder tunggal bersesaran 250cc. Namun kini, Ducati Scrambler dijana oleh unit enjin dengan sistem pancitan bahan api serta sistem penyejukan cecair dan udara. Enjin 800cc itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 75hp.

Boleh dimodifikasi dengan mudah, Ducati Scrambler bakal hadir dalam empat versi sama ada berwarna merah atau kuning. Selain model standard, versi tersebut ialah Classic, Urban dan Full throttle racer.

ducati-scrambler-2015-mekanika (10)

Untuk tidak menghampakan peminat Ducati di seluruh negara, jentera itu akan dipamerkan di beberapa lokasi terpilih sebelum meneruskan siri jelajahnya ke negara lain.

ducati-scrambler-2015-mekanika (9)

Jadual pameran adalah seperti berikut:

20 Oktober, Isnin Ducati GlenmarieNo 35, Jalan Penguasa A U1/53A, Temasya Square Glenmarie, 40150 Shah Alam, Selangor Malaysia.
21 Oktober, Selasa Ducati HartamasNo 1-G Wisma CKL, Jalan 22A/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
22 Oktober, Rabu Ducati Sungai Buloh (Welly)No.2135, Jalan 3/1, Batu 13 ½, Bandar Baru Sg. Buloh, 47000 Selangor.
24 – 26 OktoberJumaat-Ahad Ducati Booth @ MotoGPSepang International Circuit
28 Oktober, Selasa Ducati PenangNo 26, Jalan Datuk Keramat, 10150 Pulau Pinang.
29 Oktober, Rabu Ducati Kelantan (Teraju Otto Sdn Bhd)PT 28 Kg Chica,

Kubang Kerian,

16100 Kota Bharu, Kelantan

30 Oktober, Khamis Ducati Kuantan (Soon Hin Company)A139 & A141 Jalan Berserah,  25300 Kuantan, Pahang .
31 Oktober, Jumaat Ducati JohorLot 4081, 15B, Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor.
1 – 2 November,Sabtu & Ahad Ducati Centre PJNaza Auto Mall (Ducati Malaysia)

Lot 1, Jalan 51A/221, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

 GALERI

SONY DSCducati-scrambler-2015-mekanika (13)ducati-scrambler-2015-mekanika (14)ducati-scrambler-2015-mekanika (15)ducati-scrambler-preview-mekanika (1)ducati-scrambler-preview-mekanika (2)ducati-scrambler-preview-mekanika (3)SONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button