
JAC T9 EV TERIMA ANUGERAH PIKAP BEV 4X4 PERTAMA MALAYSIA OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Model JAC T9 EV kini secara rasmi diiktiraf sebagai pikap elektrik (BEV) 4×4 pertama di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBR).
Kenderaan ini diedarkan secara eksklusif oleh Evolvelectric Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi trak pikap JAC Motors di negara ini.

Dengan pacuan empat roda sepenuhnya dan dikuasakan oleh dua motor elektrik berkuasa tinggi, T9 EV dibina untuk memenuhi keperluan pengguna komersial, korporat, dan gaya hidup yang mahukan alternatif bebas emisi tanpa mengorbankan prestasi lasak.
Menurut CEO Evolvelectric Motors, Lau Yit Mun, pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju inovasi dalam segmen trak pikap elektrik di Malaysia.
T9 EV turut dilengkapi sistem pengecasan pantas dan ciri keselamatan canggih, menjadikannya pilihan menarik berbanding trak diesel tradisional, selari dengan komitmen syarikat menyokong inisiatif ESG negara.
Maklumat lanjut mengenai JAC T9 boleh didapati di www.evolvelectricmotors.com
- BACA: ZEEKR TUBUHKAN ZEEKR INTELLIGENT TECHNOLOGY DI MALAYSIA
- BACA: PROTON X50 2025 FACELIFT DIDEDAHKAN – CIRI VR BAHASA MELAYU, NADI i-GT 1.5 TD, JANA 181PS
- BACA: WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG HEBAT MENANG DI EKO ACROPOLIS RALLY GREECE
- BACA: “MENYESAL BELI!” PEMANDU E-HAILING DEDAH KENAPA DIA NAK JUAL BALIK KERETA!


