
UD TRUCKS KUZER SKE 155 BAHARU DILANCARKAN – DUA VARIAN; 7.5 TAN DAN 8.5 TAN, NADI 5.2L EURO IV
UD Trucks bersama Tan Chong Industrial Equipment (TCIE) telah melancarkan trak tugas ringan Kuzer SKE 155 baharu yang direka khas untuk pasaran Malaysia, dengan pelbagai penambahbaikan penting bagi meningkatkan kecekapan operasi logistik.
Trak ini kini dilengkapi enjin 5.2L Euro IV dengan kotak gear enam kelajuan overdrive, menjanjikan penjimatan bahan api dan tork tinggi.
Dengan berat kerb yang lebih ringan, Kuzer baharu hadir dalam dua varian iaitu 7.5 tan dan 8.5 tan, di mana varian 7.5 tan menawarkan muatan hingga 4,880kg, iaitu tambahan 600kg berbanding model lama.

Kuzer juga menampilkan casis dan gandar belakang yang lebih teguh, serta kelengkapan keselamatan terkini termasuk beg udara SRS, ABS, ASR dan EBD.
Selain itu, kabin trak disahkan mengikut standard keselamatan ECE R29 dan direka bentuk lebih aerodinamik untuk pengendalian lancar di kawasan bandar.
Antara ciri lain termasuk lampu LED, storan kabin praktikal, port USB, dan bukaan pintu luas untuk kemudahan keluar masuk.

Untuk makluman, sokongan selepas jualan merangkumi jaminan lima tahun atau 300,000km, serta servis lengkap melalui rangkaian 28 pusat servis TCIE di seluruh negara.
Pengarah Rantau Asia Tenggara & Asia Timur, UD Trucks, Ochiai Keiichiro berkata, “Kuzer SKE baharu menyerlahkan komitmen kami dalam menyokong industri logistik serantau.
“Ia dibangunkan khusus untuk memenuhi permintaan pasaran Asia Tenggara, terutama Malaysia, yang kini melihat pertumbuhan pesat dalam aktiviti e-dagang.”
- BACA: JAC T9 EV TERIMA ANUGERAH PIKAP BEV 4X4 PERTAMA MALAYSIA OLEH MALAYSIA BOOK OF RECORDS
- BACA: ZEEKR TUBUHKAN ZEEKR INTELLIGENT TECHNOLOGY DI MALAYSIA
- BACA: PROTON X50 2025 FACELIFT DIDEDAHKAN – CIRI VR BAHASA MELAYU, NADI i-GT 1.5 TD, JANA 181PS
- BACA: WRC2 2025 – OLIVER SOLBERG HEBAT MENANG DI EKO ACROPOLIS RALLY GREECE



