Artikel Pilihan

JAC YIWEI, KERETA ELEKTRIK PERTAMA GUNA GARAM. LEPAS NI MUNGKIN PAKAI GULA

JAC iaitu salah sebuah syarikat automotif yang menghasilkan kereta EV dan disokong oleh Volkswagen telah melancarkan model Yiwei iaitu kereta elektrik pertama yang menggunakan bateri ion sodium sebagai bahan untuk menghasilkan bateri pada 27 Disember 2023

Kerjasama antara JAC dan Volkswagen dimulakan pada awal tahun 2023 dengan Volkswagen memiliki 50% saham dan bakinya dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan. Volkswagen telah memberikan modal sebanyak 1 billion Euro bagi mengambil alih 50% saham JAC serta mengambil alih sepenuhnya aktivit kerjasama JAC

JAC Yiwei menjadi sejarah apabila baterinya dihasilkan daripada garam dan dibekalkan oleh HiNa Battery iaitu sebiah syarikat teknologi yang memiliki hubungan rapat Institute of Physics, Chinese Academy of Sciences.

Bateri ini akan menggunakan modul teknikal bateri yang dihasilkan sendiri oleh JAC dengan kerangka seperti honeycomb serta memiliki [ersamaan dengan Blade Battery yang dihasilkan oleh BYD. Pelanggan akan menerima JAC Yiwei ini bermula pada awal bulan Februari 2024.

JAC Yiwei 3 diperkenalkan pada Shanghai Auto Show pada bulan Februari 2023 dengan varian pertama menggunakan bateri LFP (lithium ferrous phosphate) dan JAC menjanjikan yang bateri yang dihasilkan daripada garam akan dilancarkan kemudian

Bateri sodium ion yang digunakan ini dinamakan sebagai Sehol E10X, menawarkan sehingga 25kWh tenaga elektrik dengan ketumpatan tenaga mencapai 120kWh/kg. Angka ini sebenarnya lebih rendah daripada bateri LFP (160kWh/kg) dan bateri NMC (200kWh/kg).

Bateri ini boleh dicaj dengan menggunakan DCFC daripada 10% ke 80% dalam masa 20 minit sahaja dengan satu pengecasan penuh menawarkan jarak perjalanan sehingga 252km. Walaupun menawarkan ketumpatan tenaga yang rendah, bateri ion sodium sebenarnya ada beberapa kelebihan lain

Bateri ini menawarkan prestasi pengecasan yang lebih baik pada suhu sejuk, boleh dicaj dengan leboh pantas tanpa isu penghasilan haba, jangkahayat leboh lama dan lebih tahan lasak. Namun kelebihan utama ialah, bateri ini dihasilkan daripada garam yang lebih murah dan lebih mudah untuk diekstrak

Google ads
Back to top button