Buletin

JAECOO LANTIK LAGENDA RUBGI CHRIS ROBSHOW SEBAGAI DUTA UNTUK TEMBUSI PASARAN UK

Sebagai sebuah jenama yang baharu sahaja memasuki pasaran, sudah tentu penjenamaan itu cukup penting untuk masyarakat mengetahui akan sesebuah jenama. Selain daripada strategi pemasaran yang handal, melantik duta juga merupakan salah satu cabang penjenamaan yang efektif.

Dan jenama Jaecoo ini sememangnya merupakan sebuah jenama yang cukup baharu memasuki dunia automotif walau pun ianya merupakan cabang perniagaan yang berada di bawah naungan Chery yang telah pun dilancarkan pada April 2023.

Dan untuk itu, bekas pemain rugbi kebangsaan England dan kelab Harlequins, Chris Robshaw telah diumumkan sebagai duta buat pertama kali untuk jenama Jaecoo. Beliau yang juga dikenali sebagai Mr. J yangberaksi di posisi Flanker akan menjalankan tugas sebagai duta untuk jenama Jaecoo ini sehingga penghabis tahun 2025.

Perlantikan Chris Robshaw ini adalah yang pertama untuk Jaecoo dan juga Omoda yang mana baru baru ini telah pun mengumumkan perkongsian bersama European Professional Club Rugby (EPCR), selaku badan pengawal selia di Eropah yang juga akan menganjurkan Investec Champions Cup dan Challenge Cup.

Dan sudah pastinya Chris Robshow akan menjalankan tugasnya sebagai duta untuk mempromosikan kedua jenama Jaecoo dan Omoda di pasaran UK yang mana ianya akan menjadi tahun yang sibuk apabila lima produk membabitkan dua jenama ini untuk dilancarkan.

Sebelum bersara pada Oktober 2022 pada usia 36 tahun, Chris Robshaw menikmati kerjaya sebagai pemain ragbi kelab yang terkenal, dengan menjadi kapten pasukan kelabnya Harlequins. Di kelab ini, Chris Robshow telah berjaya meraih gelaran juara Premiership pertama mereka pada 2012, dan membuat 300 penampilan dalam tempoh 16 tahun.

Di peringkat antarabangsa pula, Chris Robshaw adalah Kapten pasukan England antara Januari 2012 dan Disember 2015 dan membuat 66 penampilan dengan 43 daripadanya sebagai Kapten.

Sebagai sebahagian daripada peranannya sebagai Encik J dari UK, Chris Robshaw akan memandu model Jaecoo 7 Super Hybrid System, disiapkan dalam warna Granite White, dengan spesifikasi Luxury.

BACA : JAECOO J7 PHEV: JAECOO DIDIK PENGGUNA TENTANG TEKNOLOGI PHEV

BACA : JAECOO J7 PHEV TEMPUH 1,300KM DENGAN SATU CAS PENUH DAN TANGKI MINYAK

Google ads

B K

Back to top button