Artikel Pilihan

GWM TANK 300 – SERVIS MINOR BERMULA RM 525.90

GWM Tank 300 datang pada waktu yang tepat, menawarkan sebuah SUV offroad lasak pada segmen yang tiada langsung pesaing yang boleh melawannya. Mungkin Toyota Fortuner boleh memberi saingan, namun dari segi penawaran ciri pemanduan offroad, GWM Tank 300 sebenarnya jauh lebih baik

Jadi kali ini kita akan bandingkan kos servis GWM Tank 300 sehingga pada perbatuan 100,000km.

1. 10,000km – penukaran minyak enjin akan dibuat pada 10,000km atau pada 6 bulan pertama. GWM Tank 300 memerlukan 6 liter minyak sintetik penuh pada harga RM 309, oil drain washer RM 8.50 dan juga penapis minyak enjin RM 68

Kos upah pula dicaj pada RM 130 menjadikan kos keseluruhan untuk servis kali ini mencecah RM 525.90 termasuk cukai jualan. Ini adalah kos asas yang akan berulang pada setiap 10,000km dan kos ini adalah sama pada perbatuan 30,000km, 70,000km dan 90,000km.

2. 20,000km – sebagai tambahan untuk kos di atas, pemilik perlu menukar penapis udara enjin (RM 130), penapis penyaman udara (RM 55) dan penpis petrol (RM 95) yang perlu ditukar pada setiap 20,000km. Jadi kos servis ke 2 ialah RM 924.70 termasuk upah (RM 240) dan juga SST

3. 40,000km – kos servis pada kali ini adalah hampir sama pada jarak 30,000km kecuali dengan tambahan penukaran cecair hidraulik brek sebanyak 500ml dengan kos RM 74. Setelah dicampur dengan kos upah RM 290, jumlah keseluruhan ialah RM 1052.70

4. 50,000km – servis pada kali ini adalah servis major yang dimulai dengan pakej sama seperti servis 10,000km. Tetapi beberapa tambahan telah dibuat bagi servis komponen mekanikal sistem pacuan 4 roda seperti Transfer Case Fluid (RM 70), plug transfer case (RM 11), Front Differential Fluid (RM 60), filler plug 12 dan drain plug (RM17).

Pemilik juga perlu menukar Rear Differential Fluid (RM 180), rear filler plug (RM 6.8) dan drain plug (RM 19). Setelah dicampur dengan upah sebanyak RM 250, jumlah keseluruhan ialah RM 1031.30

5. 60,000km – pada ketika ini GWM Tank 300 perlu menukar minyak gear dengan kos tambahan RM 945 dan juga drain plug dengan harga RM 45. Setelah dicampurkan dengan kos upah RM 360, pemilik perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM 2300 bagi kos keseluruhan servis major ini.

6. 80,000km – pemilik perlu menukar minyak brek (RM 74) dan juga satu set palam pencucuh (RM 320) selain penapis bahan api (RM 95). Kos upah pada kali ini ialah RM 370 menjadikan kos keseluruhan ialah RM 1459.10

7. 100,000km – pada ketika ini, kos servis adalah hampir sama dengan jarak 50,000km cuma dengan kos tambahan penapis bahan api (RM 95) dan juga upah buruh (RM 360). Ketika ini pemilik perlu mengeluarkan belanja sekitar RM 1430.10

Jumlah keseluruhan yang perlu dikeluarkan oleh pemilik sehingga 100,000km ialah RM 9773.5 sepanjang 5 tahun pemilikan. Sebagai perbandingan Toyota Fortuner 2.4 turbodiesel hanya memerlukan belanja sekitar RM 7788 (sekiranya menggunakan minyak mineral) dan bagi Fortuner 2.7 petrol kos adalah sekitar RM 8256 (sekiranya menggunakan minyak sintetik penuh)

Kos bagi GWM Tank 300 ini tidak termasuk kos tambahan seperti pelapik brek, penjajaran, imbangan tayar, servis penyaman udara dan juga lain lain komponen haus seperti getah pengelap cermin

Google ads
"
"
Back to top button