
JALAN MAAROF BANGSAR MENDAP DAN ROSAK TERUK AKIBAT HUJAN LEBAT
Ribut petir dan hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan Jalan Maarof, Bangsar mengalami masalah retak dan mendapan yang teruk.
Kejadian itu dikongsi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dalam satu hantaran di akaun Facebooknya.
Menrut Fahmi, selepas menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar, beliau terkejut apabila melihat kereta peronda menghalang laluan kenderaan dari hadapan masjid ke arah Maybank Bangsar Baru.

“Saya bergegas ke lokasi dan mendapati terdapat sejumlah kesan retakan di atas Jalan Maarof di antara Public Bank dan Maybank.
“Turut kelihatan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas dan menyiasat kejadian itu,” katanya.
Berdasarkan pemerhatiannya berkemungkinan ribut petir dan hujan lebat sekitar jam 9 malam semalam mengakibatkan jumlah air yang mengalir di longkang di bawah hentian bas Bank Rakyat meningkat dengan mendadak. Ia berkemungkinan mengakibatkan dinding longkang itu jatuh dan air mengalir terlalu deras ke arah jalan berturap.
“Berkemungkinan juga air yang mengalir ini ‘tembus’ di permukaan Jalan Maarof di beberapa lokasi yang akhirnya mengakibatkan kerosakan jalan,” katanya.
Fahmi berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat dan kerja membaik pulih jalan itu akan dilakukan segera. – Berita Harian
- BACA: KISAH SEDIH SEKUMPULAN SAHABAT DALAM TALIAN MEMBANTU MENDAPATKAN KEMBALI SEBUAH DATSUN YANG TERBIAR DI GURUN – SELAMA 21 TAHUN
- BACA: LELAKI INI PULANG KE ALEPPO, SYRIA DAN MENDAPATI SEMUA KERETA VINTAJNYA MUSNAH
- BACA: 4 RENTUNG MERCEDES-BENZ TERJUNAM DI SKVE
- BACA: COVID-19 TERUK DI INDIA. PERMINTAAN JET PERIBADI LAKU KERAS