Artikel Pilihan

KISAH SEDIH SEKUMPULAN SAHABAT DALAM TALIAN MEMBANTU MENDAPATKAN KEMBALI SEBUAH DATSUN YANG TERBIAR DI GURUN – SELAMA 21 TAHUN

Kali ni kita layan kisah sedih pula. Ala macam tak biasa, macam drama TV biasa buat dekat-dekat nak raya dan hari raya, mesti ada drama sedih punya. Kadang-kadang kami sendiri pun tak faham pembuat drama ni nak kita gembira ke sedih masa hari raya. Itu yang kadang-kadang malas nak layan drama ni, baik layan budak-budak main bunga api je. Tapi tak apa ni pula kisah tentang sebuah Datsun B310 yang sudah terbiar di gurun Mojave Amerika Syarikat selama lebih 20 tahun.

Kereta tersebut telah berada di sana selepas pemiliknya terbunuh dalam satu kemalangan berhampiran lokasi terbabit dan kini sekumpulan sahabat atas talian berganding bahu untuk membantu mengesan dan mendapatkan kereta tersebut seterusnya menyerahkan kembali kepada anak-anak pemiliknya.

Kisah ini pada awalnya dikongsikan sesama ahli The Wrenching Network, kumpulan khas yang disertai oleh para mekanik dalam laman Facebook. Disitulah seorang ahli yang bernama Michael Blackburn buat pertama kalinya menceritakan tentang sebuah Datsun wagon yang dimiliki oleh bapa kandungnya yang tidak pernah ditemui sejak dari zaman kanak-kanak.

Michael kini menetap di Wisconsin dan kakaknya Lalani di Pennsylvania. Keduanya telah merancang untuk merestorasi kembali kereta tersebut senagai tanda ingatan terhadap bapa mereka. Masalahnya cuma satu, mereka berada terlalu jauh dari lokasi kereta tersebut.

Michael sendiri dan beberapa orang lagi ahli kumpulan tersebut telah beberapa kali mencuba untuk sampai ke lokasi kereta tersebut di tengahgurun Arizona tetapi berakhir dengan kegagalan. Keadaan mukabuminya terlalu mencabar selain ketiadaan liputan telefon selular menyukarkan lagi keadaan.

BACA: KISAH MENYAYAT HATI DARI TENTANG SUPERBIKE DARI SYARIKAT TERNAMA YANG TIDAK LAKU DI PASARAN 

Sehinggalah seorang ahli kumpulan yang bernama Austin Toy berjaya mengesannya bila beliau menyewa sebuah Nissan Titan keluaran 2018 terbaru dan menjadi manusia pertama berjaya menemui kereta tersebut dalam masa dua dekad. Habis pikap baru disewa calar balar tetapi hasilnya beliau berjaya menemui kereta wagon tersebut.

Cermin-cermin tingkap semua sudah tiada dan semua bahagian bukan logam memang dah lebur dipanggang kepanasan gurun tetapi keseluruhan kereta ini masih lagi lengkap. Lokasi yang terpencil menyelamatkan kereta ini kerana kereta-kereta yang ditinggalkan di gurun memang menjadi sasaran tembakan pemburu yang gatal tangan dan vandalisme.

Terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang setengahnya memang tidak pernah bertemu pun tetapi bersusah payah untuk mencari kereta yang mempunyai nilai sentimental tidak terhingga buat anak-anak pemilik.

Kenapa selepas 21 tahun baru nak cari? Ini kerana anak-anak pemilik telah terpisah sejak kecil dan dijaga oleh keluarga angkat dan rumah kebajikan. Hanya selepas meningkat dewasa baru mereka tahun tentang apa yang terjadi kepada bapa mereka.

Laporan pejabat sherif berdekatan juga menyatakan yang si bapa telah terbunuh di lokasi berdekatan akibat letupan bom buatan sendiri yang digunakan untuk membersihan kawasan bagi membina rumah. Sayangnya hajat beliau tidak sampai dan beliau pergi terlebih dahulu.

Kini dengan bantuan sahabat handai, kedua anak kandung beliau berusaha untuk mendapatkan kembali kereta bapa mereka dan memulihkannya seperti keadaan asal untuk didedikasikan dan sebagai ingatan terhadap bapa yang telah pergi. Sebenarnya kisah penuh panjang lagi dan boleh dibaca di pautan di bawah.

GALERI:

 

https://jalopnik.com/the-incredible-story-of-how-total-strangers-are-helping-1826408595

Google ads
Back to top button