Buletin

JAMINAN KERETA TAMAT SEMASA PKP? JANGAN RISAU, NISSAN LANJUTKAN 30 HARI LAGI

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa semua kenderaan yang jaminannya tamat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selama 30 hari lagi dari tarikh akhir PKP. 

Jadi, jaminan sedia ada akan kekal sah, walaupun pelanggan tidak dapat menghantar kereta untuk penyelenggaraan sepanjang tempoh PKP. 

Pelanggan diminta supaya meghubungi pusat servis untuk menjadual semula penyelenggaraan kenderaan masing-masing selepas PKP tamat.

Temu janji boleh dibuat menerusi aplikasi DroveOn, laman web TCEAS, pusat panggilan atau membuat tempahan secara langsung dengan Pusat Servis TCEAS. 

Bagi menangani peningkatan jumlah servis yang mendadak selepas PKP. Tan Chong Ekspress Auto Services (TCEAS akan melanjutkan tempoh operasi dari Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi – 8.00 malam. Manakala di Kelantan dan Terengganu, waktu operasi adalah Ahad hingga Khamis. 

Maklumat lanjut, sila hungi talia 1800-88-3838 atau layari laman web: www.nissan.com.my  

Tags
Google ads
Back to top button