Buletin

BAPA SANGGUP KEJAR VAN NGO DENGAN BASIKAL DEMI DAPATKAN BEKALAN MAKANAN BUAT KELUARGA

Seorang bapa di Sabah sanggup mengejar van milik sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sejauh 1.5 kilometer semata-mata untuk mendapatkan bekalan makanan untuk keluarganya. 

Bapa dua orang anak berusia 28 tahun, Fendi merupakan antara individu yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kilang bebola ikan tempat dia bekerja ditutup buat sementara waktu. 

Pengurus Persatuan Generasi Prihatin Sabah, Yunizam Yusuf memberitahu Fendi mendekatinya ketika mereka mengagihkan bekalaan makanan di Kampung Sundang.

“Saya nak minta tolong sikit tuan. Saya dengar tuan ada agihkan makanan, boleh minta sikit untuk beri makan isteri dan anak-anak di rumah?

“Saya merayu kepada tuan, kami tiada apa untuk dimakan,” cerita Yunizam. 

Fendi mengayuh basikal dari Kampung Bakau untuk berjumpa dengan pasukan Yunizam. Malangnya, NGO tersebut tidak dapat memeberikan makanan kepada Fendi pada hari itu kerana bekalan yang ada adalah untuk sebuah keluarga lain. 

Jika diberikan kepada Fendi, keluarga yang sepatutnya menerima bekalan makanan itu pula yang akan keputusan keperluan. Rasa bersalah dengan keadaan itu, Yusnizam memberikan nombor telefonnya dan cuba mendapatkan sumbangan untuk Fendi sekeluarga. 

Hari berikutnya, Yunizam dan pasukannya berjaya mendapatkan sedikit bekalan makanan dan menghantarnya kepada Fendi. Menurutnya lagi, selepas kisah itu dikongsi di laman Facebook, ramai yang tampil untuk membantu Fendi dengan meminta nombor telefon dan akaun banknya. 

Beroperasi sejak tahun 2014, Persatuan Generasi Prihatin Sabah megakui menerima panggilan daripada lebih 1,500 buah keluarga yang terkesan akibat PKP.

Yunizam berharap lebih ramai yang tampil memberi sumbangan kerana jumlah yang memerlukan bekalan makanan adalah tinggi. – MalayMail 

Google ads
Back to top button