Buletin

JANGAN LUPA KUNJUNGI KARNIVAL MYPERODUA NATION, 20-22 SEPTEMBER 2019!

MYPerodua Nation 2019 akan membuka tirainya kepada orang ramai bermula 20 hingga 22 September di Setia City Oval Lawn, Setia Alam, dengan jangkaan sekitar 25,000 pengunjung di sepanjang tiga hari acara tersebut berlangsung.

MYPerodua Nation merupakan karnival Perodua yang diadakan setiap tahun sejak 2017 untuk mempamerkan segalanya tentang Perodua.

“Ada tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk e-hailing, pelajar dan graduan. Di samping tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, pelincir, alat ganti dan aksesori.

“Jadi, inilah masa dan tempat terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Untuk kemudahan pelanggan, seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan Perodua akan berada di sana. Ini  termasuklah Perodua Total Protect Plus, Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV), aksesori dan koleksi GearUp, alat ganti, Minyak Tulen Perodua dan program kesetiaan pelanggan, UFirst.

Panel kewangan dan insurans juga akan berada di sana untuk memudahkan proses pembelian.

Para pengunjung juga boleh membuat temu janji servis, memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot secara percuma, memandu uji model-model terkini Perodua, merasai demonstrasi sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), menerokai sejarah 26 tahun Perodua di ruang pameran Perodua Journey serta mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menyeronokkan.

Kanak-kanak pula pasti menyukai bungee trampolin, aktiviti mewarna model tanah liat, perlumbaan realiti maya (VR) dan aktiviti drift basikal roda tiga.

Terdapat persembahan dan penampilan khas artis-artis terkenal seperti Bunkface, Aman RA, Naim Daniel dan ramai lagi.

Google ads
Back to top button