Buletin

TAKUT DITERBANGKAN TAUFAN DORIAN, LELAKI INI SIMPAN SMART FORTWO DI DAPUR RUMAH

Bermula dengan cabaran di antara sepasang suami isteri di Florida, Amerika Syarikat, sebuah Smart ForTwo kini diparkir di dapur rumah mereka.

Dengan dimensi hanya sepanjang sembilan kaki panjang dan lebar lima kaki, jentera itu seakan-akan boleh diparkir di mana-mana sahaja. 

Patrick Eldridge mengambil keputusan untuk demi melindungi kereta kecil itu daripada dirosakkan oleh taufan Dorian yang melanda AS baru-baru ini.

Taufan yang menuju ke kawasan pantai Georgia, South Carolina dan North Carolina itu telah memusnahkan sebahagian besar Bahamas. 

Dapur menjadi lokasi terbaik kerana garajnya sudah penuh dengan barang dan kereta isterinya, Jessica. “Saya kata, tidak mungkin dia boleh parkir kereta itu di dapur. Tetapi dia kata boleh. Kemudian dia buka pintu dan parkir di sana tanpa sebarang masalah. 

Memandangkan kereta itu berada di dapur, Jessica terpaksa menyesuaikan diri dalam ruang yang sempit.

“Saya harap kereta ini akan dikeluarkan tidak lama lagi sebaik sahaja cuaca kembali pulih. Walaupun tidak menggangu ruang, tetapi anjing saya nampak keliru dengannya,” kata Jessica. 

Google ads
Back to top button