JARI MATTI-LATVALA BERLUMBA DI RALLY HOKKAIDO DAN MENANG BERSAMA KERETA KONSEP GR YARIS RALLY2
Prinsipal pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari Matti-Latvala telah pun berkunjung ke negara matahari terbit hujung minggu yang lalu bagi menyertai Rally Hokkaido. Namun beliau bukanlah secara serius mahu berlumba di Jepun sana, tetapi beliau ada misi penting.
Tujuan sebenar Jari Matti-Latvala untuk berlumba ke negara Timur tersebut hanyalah disebabkan beliau mahu menguji tahap keberkesanan dan bagaimana evolusi jentera konsep Toyota GR Yaris Rally2.
Sungguh pun niat utama hanyalah mahu menguji jentera Toyota GR Yaris Rally2 yang menggunakan warna hitam sebagai warna asas disamping pelekat penaja tertera pada badannya, namun siapa yang tahu bahawa sudahnya Jari Matti-Latvala berjaya menduduki tempat pertama.
Menariknya, jentera konsep GR Yaris Rally2 ini dijalankan dalam kategori khas untuk kereta bukan homologasi di Hokkaido – seperti yang telah dilakukan sepanjang tahun oleh pemandu veteran Jepun Norihiko Katsuta yang juga merupakan ayah kepada pemandu pasukan Toyota Gazoo Racing sendiri, Takamoto Katsuta. Tambah menarik apabila Norihiko Katsuta berjaya menduduki tempat kedua di Rally Hokkaido 2023 ini yang juga merupakan perlumbaan siri terakhir dalam kalendar perlumbaan di Jepun ini.
Dan Jari Matti-Latvala telah memandu jentera dengan spesifikasi yang biasanya digunakan oleh pemandu bersama merangkap Ketua Pemandu Uji Toyota Juho Häninen. Pada mulanya, beliau telah menggunakan tetapan yang digunakan oleh Juho Häninen gunakan sewaktu menjalani ujian di Sardinia pada September yang lalu.
Tambah Jari Matti-Latvala lagi di awalnya beliau mengalami understeer namun telah kembali membuat beberapa perubahan pada diff hadapan bagi mendapatkan pemanduan yang lebih jitu dengan corak pemandunya. Kemudiannya barulah beliau berjaya mendapatkannya untuk melalui beberapa peringkat perlumbaan.
“Kami ada beberapa peringkat seperti tarmac, laluan teknikal membabitkan gravel serta laluan yang pantas dan saya berasa selesa di dalam kereta. Dan ianya adalah perkara penting kepada para pelanggan kelak tentang kereta ini. Ianya selesa untuk dipandu, beraya yakin dan laju. Saya tidak sabar untuk kembali memandunya lagi nanti,” ujar Jari Matti-Latvala.
Sementara itu, Pengerusi Akio Toyota pula kagum dengan apa yang sang Prinsipal peroleh di Hokkaido sambal menambah “Jari Matti sentiasa tersenyun di sebalik stereng”.