
TOYOTA GR YARIS RALLY2 BAKAL BERAKSI DI ERC & WRC
Model Rally2 yang cukup dinantikan, Toyota GR Yaris Rally2 dijangka bersedia untuk turut beraksi dalam saingan FIA European Rally Championship (ERC) bermula musim 2024 sekali gus mengimbau kenangan tentang jenama Toyota dalam saingan rali peringkat Eropah tersebut.
Untuk rekod, FIA ERC ini merupakan perlumbaan rali rentas benua Eropah yang telah pun bermula semenjak dari tahun 1953 lagi. Sudah tentu reputasi yang dimiliki oleh ERC ini hampir setanding dengan kejuaraan WRC.
Dan selama beberapa tahun kebelakangan ini, jenama Toyota turut pernah mewarnai saingan FIA ERC ini melalui beberapa orang pemandu. Enrico Bertone, Armin Kremer, Hendrik Lundgaard dan juga Armin Schwarz antara yang pernah memandu jentera hebat Toyota seperti Toyota Celica dan juga Toyota Celica GT-Four. Serta tidak dilupakan jentera hebat Toyota Coralla WRC.

Sementara itu, Prinspal pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala yakin kehadiran model Toyota GR Yaris Rally2 kelak bakal memenuhi permintaan setelah ianya selesai menjalani proses homologasi bagi kegunaan perlumbaan antarabangsa bermula tahun hadapan.
“Saya cukup yakin kereta rali ini bakal beraksi di kedua kedua ERC dan juga WRC dan saya amat gembira untuk melihatnya nanti,” menurut Jar-Matti Latvala yang turut pernah beraksi dalam pentas ERC sebanyak tiga kali.
Sesungguhnya jenama Toyota dalam sukan rali baik di WRC mahu pun ERC mempunyai kesan dan impak yang tersendiri. Dan sudah pastinya GR Yaris Rally2 ini juga akan membuatkan ramai yang ternantikan kehadirannya secara rasmi kelak. Dan pihak Toyota sendiri sudah tentu sedar akan wujudnya terhadap model Rally2 ini yang sudah pastinya cukup sesuai untuk dipandu oleh semua golongan yang berduit untuk menempahnya. Apatah lagi reputasi yang cukup gah dimiliki oleh model jalanan GR Yaris ini. Sudah tentu apabila ianya dijelmakan sebagai model Rally2, para peminat sukan rali cukup ternantikan untuk menempahnya nanti.

Dan untuk tahun 2023 ini, GR Yaris Rally2 ini akan difokuskan terhadap proses pembangunan yang masih dan sedang berjalan. Namun khabarnya Toyota GR Yaris Rally2 ini bakal membuat debut perlumbaan kompetetif pertamanya ketika Shinshiro Rally pada 3-5 Mac di Jepun. Perlumbaan kejuaraan rali di Jepun itu tidak memerlukan permit homologasi antarabangsa, hanya memerlukan permit tempatan sahaja, dan maka atas sebab itu ianya dibenarkan beraksi.
Dan khabarnya juga, jentera Rally2 tersebut bakal dipandu oleh Norihiko Katsuka, ayah kepada pemandu utama pasukan Toyota Gazoo Racing, Takamoto Katsuka sendiri. Ada juga ura – ura menyatakan berkemungkinan Jari-Matti Latvala turut bakal memandu jentera Rally2 ini ketika Rally Hokkaido bulan September nanti.
Senarai Juara ERC yang memandu Toyota:
1995: Enrico Bertone (Toyota Celica Turbo 4WD)
1996: Armin Schwarz (Toyota Celica GT-Four)
2000: Henrik Lundgaard (Toyota Corolla WRC)
2001: Armin Kremer (Toyota Corolla WRC)
BACA : INILAH DIA TOYOTA GR YARIS RALLY2. NAK TEMPAH BOLEH?
BACA : TOYOTA GR YARIS AP4 PULA MENDARAT DI INDOENSIA. KAYA SULTAN BETUL PEMILIKNYA KAN?






